BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Martin kanak-kanak ajaib

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_02.1.jpg

Martin bersama ibunya.- AGENSI

MIFFLINBURG, Pennsylvania – Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan yang dihanyutkan arus deras di sini berjaya diselamatkan selepas 101 minit diberikan bantuan pernafasan oleh anggota paramedik.

Dalam kejadian pada 11 Mac lalu, Gardell Martin ditemui tersangkut pada dahan pokok oleh seorang jiran hampir 400 meter daripada tempat dia terjatuh di sebatang sungai di sini.

Pasukan ambulans yang tiba tidak lama selepas itu mula memberi bantuan pernafasan selepas gagal mengesan denyutan nadi kanak-kanak berkenaan.

Bantuan kecemasan kepada Martin diberikan secara berterusan selama satu jam 41 minit iaitu ketika dia dibawa di dalam ambulans dan semasa dirawat di sebuah hospital komuniti pekan Mifflinburg.

Dia juga diberikan bantuan sama semasa dibawa di atas sebuah helikopter dan akhir sekali di bilik kecemasan Pusat Perubatan Geisinger di pekan Danville, Pennsylvania.

Suhu badan kanak-kanak itu cuma 25 darjah Celsius ketika ditemui iaitu 12 darjah Celsius lebih rendah daripada suhu normal badan manusia.

Keadaan dikenali sebagai hipotermia itu bagaimanapun dilihat membantu menyelamatkan nyawanya dengan mengurangkan kerosakan organ dalaman.

Sekumpulan 30 doktor dan jururawat meneruskan bantuan pernafasan sambil memanaskan badan Martin kepada 28 darjah Celsius sebelum berjaya mengesan denyutan semula.

Berdepan harapan tipis, jantung kanak-kanak itu kembali berdenyut dan beberapa jam kemudian Martin mula sedarkan diri tanpa sebarang kecacatan otak yang kekal, satu kejutan besar kepada doktor yang merawatnya.

“Ini satu keajaiban daripada Tuhan, tiada kesangsian lagi. Tuhan telah bawa orang yang tepat di tempat dan masa yang betul dan mereka semua menjalankan tugas dengan hebat sekali,” kata ibunya, Rose Martin. – AGENSI
 
Alhamdulillah Allah panjangkan usia budak nie...
 
Back
Top
Log in Register