BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Market Outlook in 2013

bagaimana dgn sektor telekomunikasi utk tahun depan.. TM?
 
pasaran lembab skrg, tambahan ngan faktor pru yg agak samar2.. saper yg ada holding power tu stay away je la dulu... tunggu pukat kat laut dlm time pru nanti

kalau mcm tu tggu lpas pilihanraya ja la invest.
 
market outlook yg lalu

yg ni market outlook thn 2012 dr osk, kalu diteliti byk yg tepat...
 

Attachments

  • 33 KB Views: 55
sy target saham2 telekomunikasi, consumer & selected oil & gas.. telekomunikasi mmg dpt byk limpahan budget 2013. termasuk konsumer. mcm2 bantuan diberikan kpd rakyat oleh kerajaan.. bantuan akan melimpah kepada ekenomi dlm negara
 
jgn lupa beli the star ari sabtu minggu depan..
biasanya the star ari sabtu awal tahun ada membuat prediction utk thn tsbt..
 
Prospek pengeluar sarung tangan getah tempatan cerah

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Beberapa syarikat tempatan yang menguasai pasaran sarung tangan getah dunia dilihat bakal memperoleh manfaat daripada peningkatan penggunaan produk tersebut setiap tahun, meskipun dunia tidak berhadapan sebarang ancaman penyakit epidemik.

Menurut nota penyelidikan OSK, permintaan sarung tangan getah akan meningkat lapan peratus setiap tahun.


Faktor peningkatan tersebut ialah kesedaran global terhadap kebersihan serta peraturan terkini yang mengutamakan penggunaan sarung tangan, khususnya di dalam aktiviti berkaitan kesihatan.

"Kesan daripada kejadian sebaran penyakit yang lalu, menjadikan penggunaan sarung tangan getah menjadi satu kebiasaan khususnya di negara-negara maju," menurut kenyataan itu.

Empat syarikat utama tempatan dalam industri itu seperti Top Glove, Supermax, Kossan dan Hartalega yang menguasai lebih 60 pengeluaran dunia mampu mengambil kesempatan ke atas perkembangan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/Eko...-pengeluar-sarung-tangan-getah-tempatan-cerah
 
Perolehan sektor perbankan dijangka tumbuh 10% - OSK

KUALA LUMPUR 1 Jan. - OSK Research menjangka perolehan agregat sektor perbankan akan tumbuh pada kadar sederhana lapan hingga 10 peratus pada 2013.

Dalam satu nota hari ini, ia berkata, ramalan pinjaman tidak berbayar yang kecil, bersama-sama dengan potensi kejutan meningkat daripada pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lebih kukuh dan bermargin tinggi berikutan kesan limpahan projek Program Transformasi Ekonomi (ETP), boleh tanpa dijangka meningkatkan unjuran sektor 2013.

OSK berkata, ia lebih memilih bank-bank yang mempunyai kekuatan pengedaran dan pendedahan yang kukuh kepada hutang korporat berkaitan ETP dan sukuk.

"Kami mengekalkan saranan beli lebih banyak bagi sektor itu," katanya, menambah belian utama pilihannya ialah Public Bank, Maybank dan CIMB.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan pinjaman industri terus merosot, jatuh 60 mata asas kepada 11.2 peratus tahun ke tahun pada November 2012 berbanding 11.9 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2012.

Ini disumbangkan oleh pertumbuhan pinjaman bagi harta bukan kediaman, harta kediaman, pembelian sekuriti dan peminjaman kepada sektor pembinaan dan lain-lain, katanya.

"Segmen pinjaman perniagaan, yang mana pertumbuhan merosot daripada 12.2 peratus pada bulan sebelumnya kepada 11 peratus pada November adalah punca kepada penguncupan ketara dalam permohonan dan kelulusan pinjaman.

"Kemerosotan dalam pinjaman perniagaan adalah berikutan pembayaran balik yang besar dibuat pada bulan-bulan itu, terutamanya daripada sektor kewangan, insurans dan pertanian," katanya. - BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register