BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maritim Malaysia Tahan Kapal Dagang Bersauh Tanpa Kebenaran Di Lumut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141
3f17ed97be413edf6159c80cbe528ddd691b14e86c283

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah kapal dagang selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran di perairan negara berhampiran Pulau Buloh, Lumut pada Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Malaysia Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata kapal berkenaan dikesan pada 11.10 pagi, sebelum pemeriksaan dilakukan pada kedudukan 17.7 batu nautika barat daya pulau berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan 20 kru warga China dan kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dilakukan.

“Bagaimanapun, kapal dagang itu disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia, selain gagal memaklumkan ketibaan di perairan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan terus mempergiat dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang di perairan negara.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254.

 
Back
Top
Log in Register