BTC USD 76,639.3 Gold USD 4,369.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal Tangki Ditahan Bersauh Tanpa Kebenaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
212ca6440bebeb6a0d7e22fa632bd8d5624bf193379ce

Muhammad Suffi Mohd Ramli

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 14.3 batu nautika dari barat laut Muka Head, di sini semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot peronda APMM Pulau Pinang yang sedang menjalankan rondaan telah menjalankan pemeriksaan terhadap kapal tangki itu pada 11.30 malam semalam.

"Pemeriksaan mendapati kapal tangki yang membawa muatan minyak gasolin itu dikendalikan oleh 20 kru warga asing dan kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal itu tidak memiliki kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia seperti dikehendaki di bawah undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata semasa pemeriksaan dan penggeledahan menyeluruh, nakhoda kapal tangki yang berasal daripada Panama sukar memberikan kerjasama terhadap pasukan penguat kuasa, dengan tidak memberikan dokumen penting berkaitan kapal berkenaan.

Muhammad Suffi berkata terdapat juga dalam kalangan kru enggan membenarkan penguat kuasa untuk turun ke bot peronda selepas selesai pemeriksaan.

Namun, beliau berkata hasil rundingan dan penjelasan, kru penguat kuasa dibenarkan untuk turun semula ke bot peronda APMM Pulau Pinang.

"Kapal tangki itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 491B(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan kesemua kru ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.

 
Back
Top
Log in Register