BTC USD 82,886.6 Gold USD 4,125.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maritim Malaysia ada komando

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
komando.jpg


KUALA LANGAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam mencatatkan sejarah apabila dua pegawai dan 24 anggotanya ditauliahkan beret biru komando Pasukan Khas Udara (Paskau).

Mereka merupakan kumpulan perintis pasukan elit Maritim Malaysia dikenali sebagai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim (Star) yang dilatih khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam usaha memantapkan operasi agensi berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Datuk Noor Aziz Yunan berkata, agensi itu mahu melantik lebih ramai lagi anggota Star menjelang akhir tahun ini.

"Kumpulan pertama ini merupakan perintis dalam Star. Kita mahu kekuatan anggota sebanyak 200 orang menjelang akhir tahun ini. Kita hanya tunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka akan ditempatkan di semua wilayah maritim negara ini.

"Mereka akan menjadi pasukan elit yang bakal memberi respons secara pantas terhadap segala tugasan yang diberikan sesuai dengan keupayaan mereka sebagai komando," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Komando Siri 15/2009 di sini.
 
napa komando kena conteng2 muka cmtu ke?x bagi org kenal ke?
 
care lah derang..:D

ingat senang ka nk jadi komando ni..:)cgrock

susah woooo
 
syabas.....tertanya gak,maritim ni lebih pada laut,naper tak dengan paskal jer....
 
ntahla..cek pon mmg tak taw..hehehe..:D
 
klu pompuan pun kena conteng gak ke muka ek..

huhu..naye jerk..tapi ade ke komando pompuan ek..
 
Back
Top
Log in Register