BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marion kecewa disindir

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
ne_02.1.jpg

PUTRAJAYA - Pengacara E! News Asia, Marion Rose Caunter, 30, kesal dengan tindakan bakal abang iparnya, SM Faisal SM Nasimuddin yang membuat pelbagai kenyataan kurang manis tentang dirinya di laman sosial Twitter sehingga menjadi topik bualan umum.

Marion (gambar) menganggap tindakan Faisal itu sebagai tidak profesional kerana beliau sepatutnya berjumpa dengannya jika mempunyai masalah berhubung rancangannya mengahwini Nasaruddin pada Disember ini.

Antara tweet yang didakwa menyindir beliau ialah: Minah sendiri buat pengumuman di surat khabar, terdesak sangat ke?

Tweet itu diteruskan dalam bentuk pantun lima kerat iaitu:

Adab Asia megah berzaman Jumpa bincang pun belum Hormat semua yang tua dihiraukan Berlagak angkuh berita dilaung Rugi ini generasi hadapan

"Saya agak kecewa dan kurang puas hati dengan sikap beliau yang menyindir saya secara terang-terangan menerusi Twitter selepas saya membuat pengakuan terbuka untuk mengahwini adiknya.

"Kalau beliau ada masalah dengan saya, boleh jumpa terus dan berbincang tetapi bukan dengan cara seperti ini, jika sekalipun beliau ada tentangan mengenai hubungan kami," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran program realiti, The Biggest Loser Asia musim kedua di Putrajaya Marriot Hotel di sini semalam.
 
memang patut pun kena..sape suruh tak tanya ahli keluarga dulu
 
awal² dah tak ngam dgn bakal abg ipar....habis laaaaa
 
wah..sudah ada krisis nampaknya
 
kecewa konon...
pigidah.. klu tak nak kecewa meh la kawin ngan aku.. kompom tak kecewa... :D
 
abg dia syko sikit je da.. tu pun x leh kawal emosi... sure kene reject pasni... wakakka
 
Back
Top
Log in Register