AkuMamak
Active Member
- Messages
- 1,448
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 1,448
- Reaction score
- 795
- Points
- 71
السلام عليكم
Saudara2 ku ... sepertimana yang kita ketahui mengerjakan solat2 fardu sahaja tidak mencukupi sebagai bekalan di hari akhirat nanti. Oleh itu marilah kita melakukan solat2 sunat yang lain sebagai tambahan kepada bekalan kita nanti. Jangan kita hanya bergantung harap kepada solat2 sunat aidil fitri, aidil adha dan tarawikh semata2. Marilah kita lakukan solat2 sunat yang boleh dilakukan hari2. Antara solat2 sunat adalah seperti :-
1) Solat Sunat Awwabin
2) Solat Sunat Rawatib
3) Solat Sunat Hajat
4) Solat Sunat Istikharah
5) Solat Sunat Tahajjud
6) Solat Sunat Dhuha
7) Solat Sunat Tasbih
8) Solat Sunat Witir
9) Solat Sunat Istisqa'
10) Solat Sunat Taubat
Fadhilat Solat Awwabin
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Fadilat Solat Sunat Rawatib
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang sembahyang sebelum Fajar dua rakaat, dan sebelum Zohor empat rakaat dan selepasnya empat rakaat pula, serta rakaat sebelum Asar, masuklah dia ke dalam syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
Fadilat Solat sunat Tahajjud
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Fadilat Solat sunat Dhuha
Daripada Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istamna di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Fadilat Solat sunat Witir
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
Kaedah2 mendirikan solat2 sunat ini boleh didapati daripada sumber ini : http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_RAWATIB
dan juga daripada sumber2 lain. Semoga Allah Taala memberikan Taufik dan Hidayah kepada kita semua dan segala amalan2 kita diterima olehNya... Amin.

Last edited: