BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Mari Menguji Kehebatan Minda Anda

b_ballerz2k

Fun Poster
Messages
951
Joined
Oct 7, 2010
Messages
951
Reaction score
2
Points
15
Aku usha kt 9gag tibe2 ade soklan Albert Einstein yg mencabar dan menarik. Jom kte selesaikan masalah berikut. Jawapan mmg ada. Sertakan jalan kerja skali. mmg bes cuba selesaikan sndri. cubalah!
:D

Translasi:

Einstein menulis teka-teki ini pada awal kurun ke-19. Menurut beliau 98% daripada populasi dunia tidak mampu menyelesaikannya. Ianya tidak susah, anda hanya perlu menumpukan perhatian dan banyak bersabar.

Terdapat 5 buah rumah yang berlainan warna. Di setiap rumah terdapat 5 penghuni yang berlainan warganegara. Mereka minum 5 jenis minuman tertentu, merokok jenama cerut tertentu, dan menyimpan binatang peliharaan tertentu. Tiada pemilik mempunyai sama haiwan peliharaan, rokok cerut yang sama, atau minum minuman yang sama. Soalan utamanya ialah: Siapakah yang membela ikan?

Petunjuk:

-British menetap di rumah merah.
-Swedish membela anjing.
-Danish minum teh.
-Rumah hijau terletak di sebelah rumah putih.
-Pemilik rumah hijau minum kopi.
-Pemilik yang merokok Pall Mall membela burung.
-Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
-Pemilik yang menetap betul-betul di tengah semua rumah minum susu.
-Norwegian menetap di rumah pertama.
-Pemilik yang merokok Blend bersebelahan dengan jiran yang membela kucing.
-Pemilik yang membela kuda bersebelahan dengan jiran yang merokok Dunhill.
-Pemilik yang merokok Bluemasters minum arak.
-Jerman merokok Prince.
-Norwegian menetap sebelah rumah biru.
-Pemilik yang merokok Blend mempunyai jiran yang minum air.
 
Attachments

  • 134.5 KB Views: 44
penah jumpe teka teki dia ni... tp x penah jumpe jawapan dia :)):))
 
got it!!
berpandukan klue diatas, saya andaikan:

1. Danish ada rumah biru, pelihara kuda, hisap rokok blend dan minum teh..

2. Rumah British warne merah, hisap rokok palma, minum susu pastu ada burung :">:">

3. Norwegian ada rumah kuning, pelihara kucing,hisap rokok dunhill dan minum air jer

4. Swedish ada rumah wane putih, isap rokok blue master, minum arak dan ada anjing

5: German pulak berumah ijau, minum kopi, isap rokok prince dan bela ikan <<<--- :)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock

betul tak??
 
ya betul!!!! tahniah!!!

:)cgrock
 
cuba tepek lakaran kt sini..aku xpuas ati klo setakat bg jwpn je..nth kopipes
 
Back
Top
Log in Register