BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari kita Menjejaki semua owner e-point program

Aku rasa buang masa jer nak cari owner ni..korang inagt e-broker2 dan upline2 cni nak tampil ker.semua dah sembunyikan diri..mereka semua tu dah kenyang perut dah...Masa Manz king kuar kan thread pembongkaran tu hari..mereka2 ni yg beriya-iya menyokng program e-point ni..cuba korang tengok post2 kat program tu..mana pegi otai2 lembu tu..semua dah ilang..
 
a'aaa tul kata ko..
mana pergi nya tuan rumah masing2~X(
kenyang perut cabut lari ke
aduss
satu pihak kenyang giler2...
satu pihak yg lain melopong
:(scam :(scam :(scam
 
a'aaa tul kata ko..
mana pergi nya tuan rumah masing2~X(
kenyang perut cabut lari ke
aduss
satu pihak kenyang giler2...
satu pihak yg lain melopong
:(scam :(scam :(scam

kesian orang2 kampung n yang paling kesian orang Melayu kita yang byk terlibat...:(scam
 
Senang jer ko cakap...klu program epoint tue dah tak bleh bertahan lama, baik jangan promote....tak kesian ke investor offline yg termakan janji2 manis promoter Epoint ni....

Dah tau program tu nak hisap darah investor....masi lg support....!!..bukan ....dah buta ka....

Apa beza dengan program yang ko tayang kat siggy tu, nanti scam juga macam 12dp n solid investment?

Pada aku sama aje, mana kita tahu bila dia nak scam?
 
At least program egold nih tak masuk kampung..:)cgrock

Masa solidinvestment n 12dp tu masuk kampung apa, cuma masa tu guna akaun upline, skrg akaun masing2.

Mungkin ko hidup kat online, tak perasan apa berlaku offline. Ingat kes pak man telo?
 
salam sejahtera semua..

aku ada satu idea macam mana untuk kita kantoikan terus dan kemungkinan kita boleh dapatkan balik duit kita dari owner2 program epoint yang tipu kita nie..

Pertama :-
Kepada semua e-broker (bukan owner program sebab sesetengah e-broker tu owner program yang menyamar jadi e-broker untuk senang jual epoint pada mangsa), apa kata kalau anda semua dedahkan maklumat serba sedikit dengan owner program kerana andalah yang orang paling dekat dengan owner program tersebut..ini kerana semasa anda di offer untuk menjadi e-broker dahulu, anda semestinya akan membayar duit melalui online banking kepada mereka..oleh itu anda pasti tahu nama orang yang ingin transfer duit melaui maybank2u contohnya..

Kedua :-
Kepada orang yang kemungkinan diupah oleh owner program untuk membuat laman web mereka atau membuat design untuk laman web meraka..kami harapkan anda boleh membantu kami dengan mendedahkan semua maklumat yg anda ada semasa berkomunikasi dengan mereka.

Ketiga :-
Kepada sesiapa yang membeli epoint dengan mana2 e-broker dengan nilai yg lebih dari USD1000 pada permulaan program, silalah beritahu maklumat mereka disini ataupu panggil mereka untuk jelaskan dengan bukti yang kukuh adakah mereka ini owner program ataupun tidak. untuk makluman semua..e-broker yang mempunyai e-point yang banyak pada permulaan program, semestinya itulah org yang kita buru.

aku mengharapkan kerjasama pada semua member2 disini setelah aku sudah tak tahan lagi dengan penipuan yg dilakukan oleh org2 tamak ini sebab kerana merekalah hidup kita akan menjadi lebih terdesak sebab kehilangan duit..dahlah ekonomi kita dikuasai oleh bangsa lain,kena lagi pula dengan skim cepat kaya seperti ini yang lebih2 lagi menjurus pada bangsa kita sendiri..dan yang paling aku sedih bila mendapat tahu ahli keluarga aku sendiri secara senyap2 masuk program ini, dan membuat loan bank tanpa berbincang dengan sekeluarga.

bagaimana denagn meber2 lain? dengar cerita kawan saya di ofis, keluarganya di johor telah menjual sebahagain tanah untuk mendapat pulangan yg tinggi di abbfund. ~X( :(

meh sini aku leh nolong ko..aku leh listkan name2 yg aku konpem (bukan suspicious lagik) antara owner ataupon owner nyer kaki no 001..

Pertama :-
Kepada semua e-broker (bukan owner program sebab sesetengah e-broker tu owner program yang menyamar jadi e-broker untuk senang jual epoint pada mangsa), apa kata kalau anda semua dedahkan maklumat serba sedikit dengan owner program kerana andalah yang orang paling dekat dengan owner program tersebut..ini kerana semasa anda di offer untuk menjadi e-broker dahulu, anda semestinya akan membayar duit melalui online banking kepada mereka..oleh itu anda pasti tahu nama orang yang ingin transfer duit melaui maybank2u contohnya..

ebroker takkan ngaku nyeerr..sbb derang neh sumenye tali barot melayu yg pentingkan duit jek..ko takan leh dpt soh derang tampil nyeerr..tp aku leh list id neh..yg konpem bebeno antara owner or ownernye 001

yang konpem 100% owner or 001
internetworms - either tokey or 001 abbfund dan scammer prog laen.. WANTED !!

yg neh list e-broker yg MOST PROBABLY owner or 001
moneymaker2007
anamir67
supernova
 
meh sini aku leh nolong ko..aku leh listkan name2 yg aku konpem (bukan suspicious lagik) antara owner ataupon owner nyer kaki no 001..

ebroker takkan ngaku nyeerr..sbb derang neh sumenye tali barot melayu yg pentingkan duit jek..ko takan leh dpt soh derang tampil nyeerr..tp aku leh list id neh..yg konpem bebeno antara owner or ownernye 001

yang konpem 100% owner or 001
internetworms - either tokey or 001 abbfund dan scammer prog laen.. WANTED !!

yg neh list e-broker yg MOST PROBABLY owner or 001
moneymaker2007
anamir67
supernova

Si internetworm tuh aku tak suspek owner sebab bodoh sgt..Tu hari siap kantoi promote azcapital..Maybe si internetworm nih paid cheerleader tak pun geng2 admin tapi kelas bawahan nyer...:(scam
 
Si internetworm tuh aku tak suspek owner sebab bodoh sgt..Tu hari siap kantoi promote azcapital..Maybe si internetworm nih paid cheerleader tak pun geng2 admin tapi kelas bawahan nyer...:(scam

Itu internetworm gua harap mampus tercekik tulang khinzir..:(scam

Program point manyak menyusahkan orang kita. manyak kesian.:-S :-S #:-S #:-S
 
SUMBER BERITA HARIAN
Pusat Keselamatan Siber Malaysia, pengendali keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara sudah menyerahkan nama beberapa laman web yang disyaki menjalankan pelaburan internet dengan memperdayakan orang ramai kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan selanjutnya.

Ketuanya, Leftenan Kol (B) Husin Jazir, berkata nama itu diserahkan selepas agensinya memantau beberapa laman web yang menjalankan pelaburan internet disyaki cuba mengaut keuntungan dengan mengelirukan pelabur dengan pelbagai tawaran menarik.

Katanya, Cyber Security yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tindak Balas Kecemasan Kebangsaan (Niser) tidak boleh mengambil tindakan terhadap laman web yang menawarkan pelaburan internet berkenaan kerana tiada kuasa berbuat demikian.

“Bagaimanapun, jika kerajaan meminta menutup mana-mana laman web yang menjejaskan keselamatan negara, kita boleh berbuat demikian. Setakat ini, belum ada arahan untuk menutup laman web pelaburan internet itu.

“Oleh kerana pelaburan internet membabitkan perdagangan mata wang dan pasaran hadapan komoditi, BNM dan Suruhanjaya Sekuriti yang bertanggungjawab mengendalikannya termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman web berkenaan,” katanya dihubungi Berita Minggu, semalam.

Beliau mengulas laporan bahawa hampir semua laman web yang menjalankan pelaburan internet sebenarnya melakukan aktiviti pengumpulan wang deposit secara haram yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Rabu lalu Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan sebarang pelaburan saham melalui internet yang menjamin keuntungan secara tetap adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar (keraguan).

Pada masa ini, beberapa skim pelaburan di internet yang popular di kalangan rakyat negara ini mengaku kononnya mereka syarikat pelaburan online telus yang menawarkan fenomena baru dunia pelaburan 'off shore'.

Isu pelaburan internet ini turut mendapat reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menegaskan orang ramai tidak seharusnya tertipu kerana ia adalah perangkap kepada golongan yang mahu cepat kaya.

"Sebenarnya, pelaburan menerusi internet adalah satu bentuk skim cepat kaya, tapi guna internet, tidak seperti Pak Mantelo yang bergiat aktif pada 1980-an menggunakan cara biasa. Kesannya sama. Orang ramai tak seharusnya tertipu dengan skim cepat kaya menerusi internet dan kita harap perkara ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa," katanya selepas menyerahkan bantuan wang ihsan mangsa banjir di Pekan, semalam.

Beliau percaya Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi akan melihat dengan serius perkara itu dan dari segi undang-undang, BNM juga boleh bertindak ke atas mereka yang menjalankan sistem berkenaan tanpa lesen.

Mengenai pembabitan orang kenamaan yang dikatakan turut terbabit dalam kegiatan pelaburan menerusi Internet itu, Najib berkata: "Tak kira siapa... salah tetap salah".

Husin berkata, sejak isu pelaburan internet hangat diperkatakan di media, Cyber Security mengambil inisiatif sendiri menjalankan pemantauan ke atas laman web yang menawarkan pelaburan seumpama itu.

Katanya, sejauh mana pelaburan internet itu tulen atau menyeleweng tidak dapat dipastikan namun, sebagai langkah berjaga-jaga beberapa laman web perlu diteliti kerana ada kemungkinan ia cuba merangkap pengguna.

Tanpa menyatakan jumlah laman web yang dipantau agensi itu, katanya sebagai agensi yang menguruskan kerja berhubung teknikal teknologi maklumat dan komunikasi, mereka hanya boleh menjalankan pemantauan saja untuk mengaut keuntungan saja.
 
Katanya, Cyber Security yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tindak Balas Kecemasan Kebangsaan (Niser) tidak boleh mengambil tindakan terhadap laman web yang menawarkan pelaburan internet berkenaan kerana tiada kuasa berbuat demikian.

inilah antara kelemahan sistem perundangan negara kita, tiada orang yang berani bertindak kerana tiada kuasa undang2, lepas tu masing2 lepas tangan.
 
Back
Top
Log in Register