BTC USD 83,952.9 Gold USD 4,180.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari kita Menjejaki semua owner e-point program

Algloco? Bar dia dah keluar ke? Blom kan.. takut indah khabar dari rupa je nanti.. :D

memang bar dah keluar tapi dia just bagi kepada yang ahli terdahulu je, kalau tak silap yang mula ngan BBBC...(lebih kurang cam tu la), kalu nak kepastian tengok blog agloco...dia akan bagi berperingkat nanti...
 
salam sejahtera semua..

aku ada satu idea macam mana untuk kita kantoikan terus dan kemungkinan kita boleh dapatkan balik duit kita dari owner2 program epoint yang tipu kita nie..

Pertama :-
Kepada semua e-broker (bukan owner program sebab sesetengah e-broker tu owner program yang menyamar jadi e-broker untuk senang jual epoint pada mangsa), apa kata kalau anda semua dedahkan maklumat serba sedikit dengan owner program kerana andalah yang orang paling dekat dengan owner program tersebut..ini kerana semasa anda di offer untuk menjadi e-broker dahulu, anda semestinya akan membayar duit melalui online banking kepada mereka..oleh itu anda pasti tahu nama orang yang ingin transfer duit melaui maybank2u contohnya..

Kedua :-
Kepada orang yang kemungkinan diupah oleh owner program untuk membuat laman web mereka atau membuat design untuk laman web meraka..kami harapkan anda boleh membantu kami dengan mendedahkan semua maklumat yg anda ada semasa berkomunikasi dengan mereka.

Ketiga :-
Kepada sesiapa yang membeli epoint dengan mana2 e-broker dengan nilai yg lebih dari USD1000 pada permulaan program, silalah beritahu maklumat mereka disini ataupu panggil mereka untuk jelaskan dengan bukti yang kukuh adakah mereka ini owner program ataupun tidak. untuk makluman semua..e-broker yang mempunyai e-point yang banyak pada permulaan program, semestinya itulah org yang kita buru.

aku mengharapkan kerjasama pada semua member2 disini setelah aku sudah tak tahan lagi dengan penipuan yg dilakukan oleh org2 tamak ini sebab kerana merekalah hidup kita akan menjadi lebih terdesak sebab kehilangan duit..dahlah ekonomi kita dikuasai oleh bangsa lain,kena lagi pula dengan skim cepat kaya seperti ini yang lebih2 lagi menjurus pada bangsa kita sendiri..dan yang paling aku sedih bila mendapat tahu ahli keluarga aku sendiri secara senyap2 masuk program ini, dan membuat loan bank tanpa berbincang dengan sekeluarga.

bagaimana denagn meber2 lain? dengar cerita kawan saya di ofis, keluarganya di johor telah menjual sebahagain tanah untuk mendapat pulangan yg tinggi di abbfund. ~X( :(


JOM... MARI KITER TERJAH.... :D
:)cgrock
 
Kalu nak jejak siapa owner hyip ni saya cadangkan sapa2 keja diMaybank boleh bantu sbb house cek di deposit ke akaun kita. selidik siapa ownwer house cek tuu. Ada sapa2 member keja lat Maybank.
 
Kalu nak jejak siapa owner hyip ni saya cadangkan sapa2 keja diMaybank boleh bantu sbb house cek di deposit ke akaun kita. selidik siapa ownwer house cek tuu. Ada sapa2 member keja lat Maybank.

cara ini pun boleh juga tapi setahu saya owner program ni selalunya akan memasukkan cash deposit ke dlm akaun mangsa (pelabur). ini adalah untuk mengelakkan mereka dr dikesan sekiranya mereka mempunyai akaun bank. tambahan lagi bank negara pasti akan query sekiranya sesuatu akaun dalam bank itu mempunyai duit yg banyak.
 
bagaimana member2 semua dengan topik kita ni? ada sesiapa yang ingin tampil ke hadapan untuk memberi keterangan dan pertolongan utk menjejaki owner2 program ini? saya tujukan juga pada e-broker2 semua supaya dapatlah menolong kwn2 kita yg sedang sedih duit mereka ditipu dgn sindikit program2 menggunakan epoint ini
 
cari jek memula posting yg kata nak beli point beli kat dea..
so amik selected nick tuh pastikan news posting thread.. dea buat camto lg pasti dea kepala..
 
seronok gak aku follow thread nie....
walaupun aku tak pernah terlibat ngan EP nie....
terima kasih tuan TOKERA atas nasihat tuan :D aku tak terjeremus
alhamdulillah
 
setelah berhari hari saya membaca topik di eaindex,abbfund,danafutures,winlifund,jinlifund dll, saya mendapati terdapat beberapa perkara yg saya nampak seperti :

- di semua topik terdapat satu komplot/group yg sengaja untuk menghangatkan topik2 tersebut. mereka ini kemungkinan telah di sogok, atau owner itu sendiri mempunyai byk id, atau pelabur sebenarnya yg inginkan mendapatkan downline yg lebih.

-sekiranya ada masalah payment tertunda, suspicios id ini akan mengawal keadaan mengatakan bayaran telah dibuat pd mereka tetapi screenshot payment tidak disertakan. harus diingat sekiranya mereka boleh melampirkan screenshot pun, perkara tersebut boleh direka samada dengan cara mengubahsuai grafik ataupun membuat fake transaction.

- ada sesetengah newbie yg berlagak pandai utk menunjukkan bahawa mereka ini sangat bagus supaya lebih ramai orang akan menghormati mereka dan masuk skim tersebut dibwh mereka. sedangkan mereka ini secara ikhlas saya katakan ZERO dalam hal online biz/investments. ada sesetengah dari mereka sanggup membuka forum khas utk skim cepat kaya ini semata2 utk meraih komisen yang besar sedangkan mereka tidak tahu selok belok penipuan yg telah lama berlaku di dalam internet. mereka menganggap bahawa skim2 ini adalah suatu 'pelaburan'.

-ada id yang saya syaki adalah owner ataupun grp owner telah membuka forum lain utk menjual epoint. perkara ini sangat2 bahaya sekiranya ramai org yg tidak tahu apa2 akan terdorong ke sana.

saya harapkan kerjasama dari semua pihak untuk menjejaki owner2 program ini untuk diadili.
 
Back
Top
Log in Register