ini copy paste drp blog rerama :
Ada pemuja romantika bermula mainan imaginasinya, menyembah teori cinta butanya, lalu dipersembah bukti cinta pada mata dunia. Ada citra mata pena sang shakespeare sudah di kala senja, tintanya merekod cinta yang disanjung sang pengangung cinta buta, mereka masih lagi hening subuh usianya. Ada pencetus ceriteranya di atas panggung anak melayu, lalu diberanakkan si rumi dan juli..diadaptasi dalam adab melayu. Laila dan Majnun dijadi simbol klasik tangisan buta. Menyalurlah teori cinta buta Antara Dua Darjat seniman agung, cinta buta memangkas tiang darjat, membina titian pelangi pada batasan sungai pangkat, cinta buta merentas sempadan. Hebohlah kebutaan cinta sabariah kerana tiupan saksofon, hanya dari telinga sudah turun ke hati tapi sudah melahir cinta dengan melodi. Berakhirlah ceriteranya si kassim sudah tidak selamat, membuta akibat cinta buta. Hikayat sejarahwan antara riuh jadi bahan, bicaralah senegeri rakyat jelata: tidakkah puteri dari cina makan hati bertuankan sultan dijulang, sedang hatinya bermilikkan laksamana gemilang? Sedang pula hati laksamana berkepunyaan si dayang..Butanya cinta...Nurani ini tidak faham..kerana buta pada cinta buta..Hanya jelas yang disanjung saja pada setianya si isteri walau sekadar hantaran dan jadi jambatan kemahsyuran dua negeri.
Jauhnya berabad dilangkah sudah.Teori cinta buta bertali arus tiada putus. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Fikiran karyawan romantika..tak kering walau kemarau, tak hanyut walau banjir. Idealisma teorinya kekal...pengolahan yang divariasi pukal! Kini panggung sudah mega, skrin sudah giga, tulisan sudah bukan dengan mata pena, bukan lagi pada warkah. Bermaharajalelalah cerekarama cinta buta pada kaca setiasa mencipta rentak tari jemari pada kekunci. Ada hakikat diakun pada hati, itu cinta buta yang mengagung di sebalik skrin teknologi. Cinta buta yang hanya kata terungkap dalam tingkap. Cantik ceritanya! Canggih cintanya! Ada logikal ini suka berteka pada emosi, Semua cinta adakah buta? Siapa jadi mangsa? Matakah yang buta bila jatuh pandang pertama? Ada akal mencari erti setiapnya, kerana ada hati buta pada cinta yang buta..ah, aku tidak faham..Hanya diagung pada cinta yang tidak buta..cinta yang Maha Agung..celik mata hati ini melihat silauan nur cintaNYA.....
actually ini adalah sebuah puisi..tp dah tertulis panjang mcm ni...jadilah benda mengarot..hahahaha
)

)