BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mari belajar peribahasa ( kiasan binatang ).

raz4

Active+ Member
Messages
4,226
Joined
Feb 19, 2008
Messages
4,226
Reaction score
26
Points
30
Salam rakan-rakan cg.. Hari ini kita belajar peribahasa berasakan binatang..binatang shj yer.. dlm silibus bahasa melayu disekolanh rendah hingga menengah masih ada peribahasa menggunakan binatang sbgai perumpamaan. So mari kita senaraikn mana yg tau..


Peribahasa menggunakan binatang

Ayam tambatan :*Orang harapan

Bagai ayam disambat helang :*
Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai murai dicabut ekor :
Orang yang suka bercakap banyak

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama :
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah :
Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak :*Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Seperti kera sumbang :
Orang yang takut mencampuri orang ramai

bahasa jiwa bangsa..*
*

p/s : Mod klu salah sila alih.



*
 
Ada yg baru..
bagai ayam dan itek diberi hampas kelapa..:D
Maksud- Ayam dan itek kenyang seketika sebelum ditangkap untuk dimakan kenduri..:D
 
OOO...Ni namanya ada udang disebalik mee..
 
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan
 
Back
Top
Log in Register