BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Marah seorang IBU..

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
PARA IBU & BAKAL IBU, WAJIB baca!

SIAPA yang tidak mengenal Syeikh Abdurrahman As Sudais? Imam Masjidil Haram, sekaligus hafidz yang memiliki suara yang sangat menyentuh para ma’mum dan pendengarnya.

Tetapi ternyata di sebalik kesuksesannya, beliau memiliki kisah unik di masa kecilnya.

Ketika itu orang tua Syeikh Sudais didatangi tamu kehormat, sehingga ibunda Syeikh As Sudais menyiapkan hidangan termasuk memasak kambing untuk menyambut tamu tersebut.

Ketika hidangan sudah siap saji, masuklah Sudais kecil setelah bermain ke dalam rumahnya. dan alangkah kagetnya sang IBU melihat apa yang Sudais kecil lakukan terhadap hidangan yang sudah ia siapkan.

Sudais kecil menaburkan pasir ke dalam hidangan kambing yang disiapkan ibunya.

Kaget bercampur kesal akhirnya ibunda beliau memarahinya, “Sudais, dasar kamu anak nakal! Awas kamu kalau sudah besar kamu akan menjadi IMAM MASJIDIL HARAM!”

Kemarahan ibunda Sudais inilah yang menjadi do’a luar biasa untuknya.

Sudais dewasa tumbuh menjadi seorang Imam Besar Masjidil Haram, sesuai dengan apa yang diucapkan oleh ibunya.


Jadi untuk para Ibu ketika marah sama anaknya hendaklah mendoakan yang baik untuknya...AMIN...(^_^)

Dipersilakan SHARE...(^_^)

1170845_558386027531626_1334778846_n.jpg


224712_10150226629006972_300599296971_8546623_6689992_n.jpg

~Imam Besar Masjidil Haram~

Syekh Abdurrahman As Sudais lahir di Riyadh, Saudi Arabia pada tanggal 10 Februari 1960. Ayahnya bernama Abdul Aziz.

As Sudais berasal dari klan Anza. Ia telah hafal Al Qur'an pada usia 12 tahun. Tumbuh di Najd, ia belajar di sekolah dasar Al Muthana bin Harits lalu di Lembaga Ilmiah Riyadh dan lulus pada tahun 1979 dengan nilai baik.

Beberapa gelar akademis ia peroleh di antaranya dari Universitas Riyadh pada tahun 1983, dari Imam Muhammad bin Saud Islamic University pada tahun 1987 dan dari Umm al-Qura University pada tahun 1995.

Pada tahun 2005, As-Sudais dijuluki sebagai "Islamic Personality Of the Year" ke-9 oleh Komite Penyelenggara tahunan "Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) sebagai pengakuan atas pengabdiannya kepada Al-Quran dan Islam. Ketika menerima penghargaan tersebut di Dubai, ia berkata: "Pesan dari Islam dan Muslim adalah kerendahan hati, keadilan, keamanan, stabilitas, simpati, harmoni, dan kebaikan."




Laporan Jemaah Khuruj.


Satu jemaah dalam perjalanan khuruj dakwah ke United Kingdom, pesawat berhenti (sementara) di lapangan terbang Moscow, Rusia. Seorang daripada kami diputuskan untuk melaungkan azan dan seorang lagi menjadi imam setelah kami bermesyuarat. Selepas menyempurnakan solat, kami melihat Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdur Rahman as Sudais turut bersama-sama kami di dalam solat itu.

Sheikh telah meletakkan tangannya di bahu kami dan berkata, "Antum min Jama'atid Da'wah?" (Adakah anda semua daripada jemaah da'wah?') Kami menjawab, "Alhamdulillah, kami sedang berada di jalan Allah, dan kami berhenti di sini buat sementara waktu (transit ke UK)."

Sheikh senyum kepada kami dan berdoa dan berkata; "Di dalam dunia ini yang penuh dengan kemungkaran, tiada jemaah yang dilihat membawa kebaikan seperti kamu semua lakukan."

Allah Swt telah memberi Sheikh kecintaan kepada kami, sehingga beliau telah memberi kad nama beliau kepada kami dan berkata, "Bila-bila sahaja kamu datang ke Mekah untuk Haji, umrah atau apa sahaja, temuilah saya."

Selepas beberapa lama daripada peristiwa itu, beberapa orang daripada jemaah itu pergi ke Mekah. Mereka hendak berjumpa dengan Sheikh tetapi pengawal keselamatan telah menghalang mereka. Namun, selepas menunjukkan kad yang diberi oleh Sheikh, mereka membenarkan jemaah itu berjumpa dengan Sheikh.

Sheikh Abdur Rahman as Sudais memeluk mereka dan mengalu-alukan ketibaan jemaah itu, dan memperkenalkan jemaah dengan ulama-ulama besar di sana dan berkata, "Kami adalah Imam-Imam bagi dunia ini dan mereka (jemaah itu) adalah Imam kami, kami pernah bersolat di belakang mereka."
 
Last edited:
hehehehe...jangan sumpah seranah anak ye
 
Td aku baca kat mana yea kisah ni..mcm kat CG..xpun Fb..btw nice sharing..:D
 
den plg pantang tgk mak ayah marah/pukul anak dia dpn2 org ramai..
 
Back
Top
Log in Register