ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kuala Pilah: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap penuntut tajaannya jika didapati terbabit dalam perhimpunan Bersih 4 yang dirancang hujung minggu ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, amaran ini bukan saja mereka menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) sebaliknya mereka yang bernaung di bawah MARA juga tidak terkecuali.
"Saya memberi amaran kepada mana-mana penuntut bawah MARA supaya tidak membabitkan diri dengan perhimpunan itu serta perkara bertentangan undang-undang negara.
"Jika masih berdegil dan melanggar peraturan ditetapkan MARA, saya harap mereka perlu bersedia menghadapi tindakan tatatertib," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di Dewan Datuk Bahaman, di sini, semalam.
Source: http://www.hmetro.com.my/node/72646