TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
US - Tekanan sosial mengakibatkan semakin ramai orang kurang tidur, menyumbang kepada krisis tidur global menurut satu kajian baru berdasarkan kajian dikumpul melalui aplikasi telefon pintar.
Saintis dari University of Michigan yang terlibat dalam kajian ini mengesan corak tidur di seluruh dunia - mengumpul data tentang bagaimana umur, jantina dan jumlah cahaya semula jadi di 100 buah negara - dan lebih memahami bagaimana tekanan budaya boleh mengatasi biologi.
Kajian yang diterbitkan dalam Journal Science Advances itu mendapati kekurangan tidur kebanyakan melibatkan waktu responden masuk tidur.
Waktu tidur lelaki berusia pertengahan adalah kurang berbanding tujuh dan lapan jam yang disyorkan.
Usia seseorang merupakan faktor penting dalam mengenal pasti tempoh tidur yang cukup.
Tidur didorong oleh jam circadian (proses biologikal secara semula jadi dalam tempoh 24 jam), satu kelompok yang terdiri daripada 20,000 sel-sel saraf bersaiz sebutir beras yang terletak di belakang mata dalaman dan disesuaikan mengikut jumlah cahaya yang ditangkap, terutamanya cahaya semula jadi.
Singapura dan Jepun mempunyai rakyat kurang tidur - dengan jumlah purata tujuh jam 24 minit, manakala Belanda mempunyai yang paling lama dengan purata lapan jam 12 minit tidur, menurut kajian itu.
Walaupun perbezaan 48 minit mungkin kelihatan tidak penting, kekurangan tidur selama setengah jam memberi kesan besar ke atas fungsi kognitif dan kesihatan, kata penyelidik.
Orang yang memerlukan tidur mengalami pengurangan dalam kebolehan kognitif tanpa mereka sedar.
"Tidur yang terjejas memberi ancaman kepada kesihatan manusia," kata kajian tersebut.
Satu laporan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) baru-baru ini mendapati satu dalam tiga orang dewasa Amerika kurang tidur daripada tujuh jam yang disyorkan.
Ia menyebabkan peningkatan risiko obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular, menurut CDC.
Kajian baru juga mendapati wanita tidur 30 minit lebih lama daripada lelaki secara purata dengan masuk tidur lebih awal dan peningkatan kemudian, dan mereka yang terdedah lama kepada cahaya semula jadi setiap hari sering tidur lebih awal.
http://malaysiagazette.com/ms/kesihatan/manusia-semakin-kurang-tidur