BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa sembelih

eishen

Active+ Member
Messages
3,547
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,547
Reaction score
82
Points
30
PUCHONG: Bagaikan dirasuk, seorang pengusaha kedai barangan logam disyaki dengan rakus meragut nyawa isteri dan pembantu rumahnya menggunakan sebilah pisau di Taman Wawasan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek gagal mengawal kemarahan selepas berselisih faham dengan pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia dikenali sebagai Siti Patonah, 20-an.

Mulanya, lelaki berusia 47 tahun itu disyaki mengelar leher pembantu rumah terbabit dengan sebilah pisau di dapur rumahnya.

Isteri suspek, Ang Sook Foon, 37, yang terkejut dengan kejadian berkenaan cuba mententeramkan suaminya tetapi, dia turut menerima nasib sama apabila lehernya dikelar dan mati di tempat kejadian.


Selepas mengelar leher isteri dan pembantu rumahnya, suspek yang seolah-olah tersedar daripada dirasuk meratapi kematian isterinya.

Dia ditemui duduk bersebelahan tubuh isteri di atas sofa di ruang tamu sehingga kedatangan polis.

Polis kemudian menahannya bagi membantu siasatan kes kematian kedua-dua wanita berkenaan.

Ang ditemui dengan kesan kelar di leher di ruang tamu, manakala Siti Patonah di dapur rumah teres dua tingkat yang didiami suspek bersama keluarganya.

Difahamkan, pasangan yang mempunyai tiga anak itu mengusahakan sebuah kedai menjual barangan logam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid, berkata polis menerima maklumat daripada jiran mangsa mengenai pergaduhan yang berlaku di rumah wanita itu.

“Sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba, polis menemui mayat seorang wanita di ruang tamu manakala seorang lagi di dapur dengan kedua-duanya mempunyai kesan kelar di leher,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis menahan seorang lelaki dalam rumah berkenaan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian ialah ibu suspek serta tiga anaknya yang berusia empat bulan hingga enam tahun.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan antara mangsa dengan suspek.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar suspek bertindak sedemikian,” katanya.

Difahamkan, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di rumah berkenaan.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu penyiasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-89481421 atau balai polis berhampiran.
 
mak aii... kejam betul la manusia zaman sekarang nie...
 
Amah, isteri mati bergelut

SUBANG JAYA – Seorang pembantu rumah Indonesia sempat menyidai pakaian dan menyediakan kelengkapan tiga anak majikannya sebelum ditemui mati di sebuah rumah Jalan Wawasan 3/8, Taman Wawasan Puchong di sini semalam.

Turut menerima nasib sama dalam tragedi pukul 7.50 pagi itu, majikan wanitanya, Ang Sook Foon, 37. Kedua-dua mereka mati dikelar.

Sebelum kejadian, suami Sook Foon didakwa tiba-tiba naik angin sebelum bergaduh dengan pembantu rumahnya, Sally yang berusia 20-an.

Sook Foon yang cuba melerai pergaduhan tersebut telah ditolak sebelum dia juga mati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Abdul Aziz Abdul Majid berkata, polis telah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan terdapat pergaduhan di rumah tersebut.

“Sebaik sampai, polis dapati suami Sook Foon berusia 48 tahun itu sedang duduk di atas sofa dalam keadaan keliru di samping mayat isterinya yang mati dikelar.

“Mayat pembantu rumahnya pula ditemui terbaring di dapur rumah juga dikelar,’’ kata beliau.

Menurut beliau, ibu lelaki itu yang pada mulanya berada di dalam rumah telah melarikan diri menyelamatkan tiga cucunya, seorang lelaki dan dua perempuan yang berusia antara empat bulan dan empat tahun.

Katanya, polis yang memeriksa rumah itu menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Kataya, siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada perselisihan antara pembantu rumahnya di dapur selepas keluarga tersebut selesai bersarapan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz memberitahu, punca pergaduhan tersebut masih disiasat.

Tambahnya, polis kemudiannya telah menahan majikan lelaki itu yang bekerja sebagai penjual barangan logam di Puchong Perdana bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suami mangsa mempunyai masalah mental dan semalam merupakan hari yang sepatutnya dia menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Tinjauan Kosmo! di rumah itu mendapati, terdapat pakaian yang baru siap dibasuh dan disidai di luar rumah manakala terdapat dua bakul yang siap dengan kelengkapan kanak-kanak di situ.
 
laa..mental problem main pisau..
 
Back
Top
Log in Register