BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa pesawat ringan bukan 'spy'

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
WhatsApp_Image_2019-07-02_at_1.27.05_PM_1562046837.jpg

ANGGOTA polis menjalankan siasatan dilokasi kejadian sebuah pesawat ringan yang terhempas di Purun, Jelebu, Negeri Sembilan. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap







JELEBU: Polis menafikan lelaki warga Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai terbabit dalam kes sebuah pesawat ringan yang terhempas di Purun, Titi, di sini, pada Sabtu lalu, adalah seorang perisik.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata semakan mendapati, lelaki berusia 60 tahun itu masuk ke negara ini sebagai seorang pelancong yang sah, sekali gus menolak dakwaan yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

“Dakwaan kononnya lelaki warga AS itu menjalankan aktiviti risikan adalah tidak benar. Dia masuk ke Malaysia sebagai seorang pelancong yang sah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal melawat lokasi nahas.

BH pada 29 Jun lalu melaporkan sebuah pesawat ringan dipercayai jenis glider terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi di sini, dan mengenal pasti dua mangsa iaitu seorang warga AS, Les Zsort Wrosmarty manakala seorang lagi warga tempatan, Siow Moon Yoew, 56.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati pesawat yang dinaiki kedua-dua mangsa adalah pesawat ringan jenis technam dan bukannya glider yang dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, kedua-dua mangsa dilaporkan masih kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai status lapangan terbang yang digunakan sebagai tempat aktiviti penerbangan glider di kawasan itu, katanya ia bukan di bawah siasatan pihak polis.

“Sama ada ia sah atau haram, ia akan diputuskan oleh agensi berkaitan (dan bukannya pihak polis,” katanya yang juga menyatakan hasil siasatan mengenai punca nahas itu pula akan diumumkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/580176/mangsa-pesawat-ringan-bukan-spy







.
 
Saja nak tanya, ada ke spy masuk negara orang declare dia spy.
 
malaysia punya risikan amat lemah.. ramai spy kat malaysia pasal orang kita suka and kagum dengan mat salleh ni, mat dan yang pandai cakap ganu tu and rhys williams foodtravel tu dua ekor pon spy mi6...
 
malaysia punya risikan amat lemah.. ramai spy kat malaysia pasal orang kita suka and kagum dengan mat salleh ni, mat dan yang pandai cakap ganu tu and rhys williams foodtravel tu dua ekor pon spy mi6...

ini lawak ke serius bro.. :-?
 
Bukan paramotor, tetapi pesawat ringan Technam

image.jpg


JELEBU - Polis mengesahkan objek rentung yang ditemui terhempas di sebuah kawasan semak di Purun, Kuala Klawang dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang, Sabtu lalu bukan paramotor, sebaliknya pesawat ringan jenis Technam.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kes itu kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

"BSKU akan jalankan siasatan lanjut dan pihak polis akan beri bantuan yang diperlukan. Siasatan polis menjurus kearah unsur jenayah dan setakat ini tidak terdapat unsur jenayah.

"Keterangan mangsa belum dapat dirakam kerana keadaan kesihatan mereka (di sebuah hospital di Kuala Lumpur) tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengunjungi lokasi nahas pagi tadi.

Kosmo! pada 29 Jun lalu ini melaporkan sebuah objek rentung dipercayai paramotor ditemui di sebuah kawasan semak di Purun selepas terhempas kira-kira pukul 3.30 petang.

Dua mangsa lelaki yang menaiki pesawat itu dikenal pasti sebagai warga Amerika Syarikat (AS), Les Zsort Wrosmarty, 60, dan warga Malaysia, Siow Moon Yoew, 56.

Dalam pada itu, Mohamad menafikan dakwaan yang disebarkan di media sosial bahawa warga AS yang terlibat dalam nahas itu adalah seorang perisik.

Jelas beliau, lelaki itu masuk ke negara ini sebagai pelancong yang sah, namun siasatan mengenai status penerbangan yang dilakukannya akan disiasat oleh BSKU.


http://www.kosmo.com.my/negara/bukan-paramotor-tetapi-pesawat-ringan-technam-terhempas-1.928592
 
Aktiviti penerbangan sudah biasa sekitar Jelebu

JELEBU: Aktiviti penerbangan pesawat ringan didakwa sudah lama dilihat di sekitar Jelebu sehingga ia tidak lagi menghairankan penduduk terutama dari kampung yang terletak berhampiran lokasi nahas pesawat ringan di Purun pada Sabtu lalu.


Penduduk dari kampung berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Jai, 39, berkata terdapat beberapa individu menerbangkan pesawat ringan terutama pada setiap hujung minggu.

Beliau mendakwa ada sebuah landasan terbang sepanjang kira-kira dua kilometer namun menjadi kawasan larangan bagi penduduk kampung.

“Kami sudah biasa dengan aktiviti penerbangan pesawat ringan itu di sini. Pada hari kejadian, saya hanya terdengar bunyi letupan selain melihat kepulan asap dipercayai dari pesawat yang terhempas kira-kira jam 2.45 petang itu,” katanya kepada BH.

Katanya, sebelum ini ada beberapa penduduk yang masuk ke kawasan lapangan itu namun dilarang oleh penjaganya.

“Ada penduduk mendakwa pernah melihat terdapat beberapa pesawat ringan di dalam hanger di lapangan itu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya,” katanya.

Jai berkata, pada hari kejadian dia ada melihat pesawat berkenaan berlegar-legar di kawasan sebelum melihat kepulan asap.

“Saya ingatkan ada orang membakar tayar tetapi selepas itu kecoh mengenai pesawat terhempas namun tidak dapat melihat lebih dekat berikutan kejadian di tanah persendirian selain kawasan itu berkunci,” katanya.

BH pada 29 Jun lalu melaporkan sebuah pesawat ringan dipercayai jenis glider terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi di sini dan mengenal pasti dua mangsa iaitu seorang warga AS, Les Zsort Wrosmarty manakala seorang lagi warga tempatan, Siow Moon Yoew, 56.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati pesawat yang dinaiki kedua-dua mangsa adalah pesawat ringan jenis Tecnam dan bukannya jenis glider yang dilaporkan sebelum ini.


https://www.bharian.com.my/berita/k...kwa-aktiviti-penerbangan-biasa-sekitar-jelebu
 
Pesawat terbang tanpa kelulusan ATC

D-htXpcWsAAVHcS.jpg


PUTRAJAYA: Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan ke atas lapangan terbang kecil atau sebarang aktiviti penerbangan di tapak persendirian, susulan kejadian pesawat ringan terhempas di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.


Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati CAAM tidak mengetahui kesesuaian landasan terbabit, malah Kawalan Trafik Udara (ATC) Subang tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.

Katanya, pemeriksaan mendapati juruterbang terbabit adalah warga Amerika Syarikat yang memegang lesen Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (US FAA) dan mempunyai lesen Juruterbang Persendirian Malaysia yang tamat tempoh pada 22 April 2020.

“Mangsa juga adalah ahli Kelab Penerbangan Lasak dan sudah beberapa kali membuat penerbangan akrobatik sepanjang berada di negara ini.

“Sebelum kejadian, ATC tidak dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit dan berdasarkan transmisi akhir, pesawat mangsa jenis SINUS-VG, didaftarkan dengan nombor HA-TAM yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dilaporkan mendarat dengan selamat,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu berkata, ATC hanya merekodkan mangsa menerbangkan pesawat SINUS-VG sebelum mangsa dan rakannya menukar pesawat jenis TECNAM P2 dengan nombor pendaftaran 9M-MZC yang sudah bersedia di lapangan terbang kecil terbabit untuk penerbangan sekitar kawasan berkenaan.

“Penerbangan kali kedua menggunakan pesawat jenis TECNAM P2 tidak dimaklumkan kepada ATC sebelum juruterbang dan rakannya menghadapi cuaca tidak elok dan ribut hingga menyebabkan pesawat gagal dikawal dan terhempas.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kerana melecur diselamatkan orang awam dan kemudian dihantar ke hospital berhampiran sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara untuk rawatan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sebuah pesawat ringan jenis glider dipercayai terhempas di kawasan Purun, Kuala Klawang, kira-kira jam 3.30 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, dilaporkan berkata siasatan di lokasi mendapati terdapat bangkai dipercayai pesawat itu yang sudah terbakar, namun tiada mangsa ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, orang awam memaklumkan terdapat dua mangsa cedera dalam kejadian itu.


https://www.bharian.com.my/berita/k...-ringan-terhempas-terbang-tanpa-kelulusan-atc
 
Lapangan terbang di Kuala Klawang beroperasi tanpa kelulusan

JELEBU: Lapangan terbang yang dibina di atas tanah persendirian di Kuala Klawang, di sini tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan operasi penerbangan.


Ketua Inspektor Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kapten Datuk Yahaya Abdul Rahman, berkata walaupun pembinaan lapangan terbang di atas tanah persendirian sememangnya dibenarkan, perkara itu perlu dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Katanya, ia bagi membolehkan pemantauan dapat dilakukan pihak berkuasa untuk memastikan sama ada lokasi lapangan terbang itu terletak di kawasan yang sesuai dan jauh daripada penempatan awam.

“Pembinaan lapangan terbang di atas tanah persendirian memang boleh, tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini termasuk mengambil kira jarak (dari landasan) dengan kawasan penempatan awam supaya ia tidak menjejaskan keselamatan atau mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

“Ini adalah kali pertama pihak kami datang ke lapangan terbang ini dan kami akan syorkan supaya CAAM datang melakukan pemeriksaan tahap keselamatan,” katanya selepas mengadakan lawatan di lokasi nahas pesawat ringan yang terhempas pada 29 Jun lalu.

Media sebelum ini melaporkan sebuah pesawat ringan dipercayai jenis glider terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi di sini, dan mengenal pasti dua mangsa iaitu seorang warga Amerika Syarikat, Les Zsort Wrosmarty, manakala seorang lagi warga tempatan, Siow Moon Yoew, 56.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati pesawat yang dinaiki kedua-dua mangsa adalah pesawat ringan jenis Tecnam dan bukannya glider seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, tinjauan BH di lokasi, mendapati lapangan terbang itu terletak kurang daripada jarak tiga kilometer (km) daripada pintu masuk utama yang berhampiran dengan penempatan awam.

Bagaimanapun, pemberita yang hadir tidak dibenarkan masuk ke kawasan lapangan terbang itu kerana pintu utamanya dikunci.

Yahaya berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan lima individu termasuk dua mangsa terbabit untuk membantu siasatan.

Ditanya sekiranya pemilik tanah akan dikenakan tindakan berikutan pembinaan lapangan terbang itu, katanya, pihaknya boleh mengesyorkan tindakan sewajarnya kepada CAAM.


https://www.bharian.com.my/berita/k...g-di-kuala-klawang-beroperasi-tanpa-kelulusan
 
Back
Top
Log in Register