BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa perkosa cair SMS manis

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Batu Gajah: Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, di sini, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.

“Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.


“Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa cuba melawan suspek namun gagal,” katanya.

Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.


“Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.


“Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MangsaperkosacairSMSmanis/Article/index_html
 
Apa nak jadi dengan negara Malaysia nih...
 
tak tahu nak cakap apela..
 
manis la sgt.tiap hari berita camni kuar srt kabar.tak baca ke?
 
kesian dia jadi mangsa..... adess.. sms macam mane yang sampai leh cair tu ya? :-?
 
manis la sgt.tiap hari berita camni kuar srt kabar.tak baca ke?

ya bro.. bukan sokabor jer, tv duduk tayang citer2 merepek2 rempit n cintan cintun yang melampau2, wayang pung tak ketinggalan.. tak cukup dgn tu pemimpin pun suka citer2 gini - siap bagi CD FREE lagi (harap2 aku x salah section)..:D:D:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register