BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mangsa banjir dakwa ditipu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA KRAU - Mangsa banjir di Taman Seri Desa di sini bukan sahaja kecewa dengan nilai bantuan baik pulih rumah yang jauh lebih rendah daripada yang diluluskan kerajaan malah ada dalam kalangan mereka terpaksa membayar upah kepada tukang rumah warga asing.

Penduduk Abdul Jalil Mat Taib berkata, kesemua 178 keluarga yang tinggal di kawasan perumahan awam kos rendah (PAKR) itu menerima bantuan tersebut daripada kerajaan sebanyak RM10,000 untuk setiap rumah dan bantuan tersebut disalurkan melalui pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Kami kesal kerana kontraktor yang dilantik hanya memikirkan keuntungan mereka, banyak sangat ketirisan sampaikan mangsa banjir hanya menerima bantuan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 setiap rumah.

"Sepatutnya Mara pantau kerja baik pulih ini daripada awal sehingga akhir namun tidak ada, bantuan daripada kerajaan sangat bagus tetapi pelaksanaan yang menyeleweng menyebabkan rakyat sengsara.

"Kami tahu projek bantuan ini bernilai RM10,000 setiap rumah, berapa banyak ketirisan sehinggakan hanya RM1,000 hingga RM2,000 sahaja diterima mangsa banjir," katanya.

Malah Abdul Jalil berkata, dua ibu tunggal di PAKR tersebut dipaksa membayar upah kerja tukang rumah warga asing yang seolah-olah memiliki lesen besar berniaga di negara ini.

"Tukang rumah warga asing ini pula yang tentukan nilai bantuan setiap rumah, dia warga asing, kenapa Mara dan kontraktor yang dilantik tidak pandang langsung isu ini?," katanya.


Rumah tidak seperti yang diidamkan

Sementara itu ibu tunggal, Maimunah Musa 63, berkata, dia masih tinggal di dapur kerana tidak pasti sama ada kerja baik pulih rumahnya sudah siap sepenuhnya atau belum.

"Setakat ini tukang rumah tersebut hanya pasang papan lapis pada dinding dengan keadaan yang sangat tidak sempurna, pintu bilik yang dijanjikan Mara kepada saya tidak dipasang, kipas tidak ada, lantai juga tidak ada.

"Hanya ganti dinding bilik dengan papan lapis dan pendawaian elektrik dibuka dan tidak dipasang semula kesemua nilai bantuan ini RM10,000?

"Saya sempat tinjau harga papan lapis ini hanyalah RM22 sekeping bukannya RM45 seperti didakwa tukang rumah berkenaan, dia kerja tiga hari sebelum puasa dan selesai kerjanya pada 1 Ramadan," katanya.


Terpaksa gadai barang kemas bayar upah

Sementara itu seorang lagi mangsa banjir, M.Kuppammah 62, berkata, dia terpaksa gadaikan gelang tangan emas kerana dipaksa warga asing terbabit membayar upah kerja sebanyak RM1,300.

Menurutnya, dia adalah ibu tunggal yang hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan tidak mampu untuk bayar upah kerja itu.

"Saya terpaksa gadai gelang emas di bank, saya hanya bayar RM900 lebih duit gadai itu saya beli kayu dan pintu kerana rumah masih tidak sempurna.

"Bantuan bernilai RM10,000 yang saya terima daripada Mara hanyalah dinding bilik dari papan lapis yang sangat tidak sempurna kerjanya.

"Tukang rumah sangat teruk, paku pun tidak ada, gergaji pun pinjam dengan penduduk.

"Saya hanya terima bantuan pasang dinding, bingkai pintu, pintu pvc, kayu tingkap dan lain-lain saya terpaksa beli sendiri, malah papan lapis yang saya beli untuk tujuan lain juga diambil tukang warga asing ini, itu sahaja RM10,000 yang saya terima," katanya.

Seorang lagi ibu tunggal, Norfifah Ahmad 50, berkata, dia terkejut apabila tukang rumah mengutip papan terbuang untuk menggantikan papan lantai rumahnya.

"Gergaji pun tidak ada, paku pun tidak ada macam mana jadi tukang, paling saya kecewa apabila dia minta bayaran RM450 untuk kos kerja yang dilakukan.

"Kenapa minta dengan mangsa banjir sedangkan kos tersebut sepatutnya sudah ditanggung kerajaan," katanya.

Penduduk PAKR tersebut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ketirisan yang berlaku dan mahu Mara bertanggungjawab dengan pelantikan kontraktor yang dipilih serta penglibatan kerja tukang warga asing yang meminta bayaran upah.
 
MARA?

Huh, bila Annuar Musa berkuasa.....



Tapi, harga papan lapis setengah inci memang RM45 pun sekeping. Ni 8 tahun lepas.
Kalau RM22 sekeping tu kot papan lapis suku inci. Yang lembik tu.
 
amalan kepala besar menurun ke anak-anak buah. sampai bila nak berubah? tanya diri sendiri lah kalau buat camni kalau menyusahkan orang apa balasannya.
 
jgn dibikin filim cerita sebenar ini, nanti tidak lulus LPF.hehe
 
bnyk sgguh masalah mara sjk akhir2 ni...
 
aku berharap sgt2la yg umno ni cepat2 berkubur..menindas rakyat kaw2 punya
 
dahla mangsa orang susah....

kalau tgk raja shamri punya fb..mmg takde perubahan la

kite tolong mana yang mampu je la..

orang politik mmg perangai macam tu..tapi orang kerajaan yang dilantik lalu SPA pun.. tanggungjawab la sikit
 
Back
Top
Log in Register