ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Zarina (tengah) melihat penduduk mengisi borang pendaftaran ahli PI1M.
BAGAN SERAI - Penduduk Parlimen Bagan Serai kini mampu mendalami ilmu pengetahuan komputer apabila Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di Teluk Medan, di sini mula beroperasi sejak 6 April lalu.
PI1M yang dilengkapi 20 komputer turut diselia oleh dua tenaga pengajar dan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Pengerusi PI1M cawangan Teluk Medan, Zarina Abdol Majid berkata, PI1M merupakan inisiatif kerajaan untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi selain perkhidmatan lain seperti latihan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Dengan bayaran RM5 sebagai wang pendaftaran keahlian seumur hidup, pengguna boleh menggunakan kemudahan internet dengan bayaran serendah RM1 sejam," katanya.
Beliau berkata, setiap ahli berdaftar juga akan menerima kelas latihan internet secara percuma.