BTC USD 84,563.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Manfaat Solat

aziemsyazmier

Fun Poster
Messages
135
Joined
Nov 22, 2010
Messages
135
Reaction score
176
Points
23
Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat
juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan
jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar.
Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap
hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani
seperti lemah jantung, darah tinggi,
sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan
berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan
kerana beratnya
terletak sama rata kepada dua kaki.
Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok.
Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus.
Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas
dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat.
Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.


2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri,
khusyuk dan tawaduk.
Dalam bacaan,
hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan,
menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan,
fikiran dan jiwa.
Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary,
kelenjar adrenal dan paru-paru,
membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk

FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang,
paha dan betis. Darah dipam ke badan atas.
Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
Lama-kelamaan perbuatan ini akan
mempertingkatkan lagi peribadi,
menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk

FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam
semasa perbuatan rukuk kembali ke keadaan asalnya
dengan membawa bahan tidak berguna iaitu
sisa-sisa tubuh.
Badan mendapat semula kerehatan dan
melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud

FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit.
Menambah aliran darah ke bahagian atas badan,
khususnya bahagian kepala
(termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru.
‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah.
Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan
janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita.
Mengurangkan tekanan darah tinggi,
menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan perasaan ego dan keangkuhan.
Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah.
Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan.
Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud

FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin)
dari hati jasmani dan menggerakkan
tindakan otot pada usus besar.
Wanita membiarkan kedua kaki mereka
bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.
Posisi tubuh badan memberikan
kerehatan selesa dan gerakan ini membantu
penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan
perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua

FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah
dan nafas serta sistem urat saraf.
Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi.
Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna.
Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud

FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh.
Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin)
dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus
besar posisi tubuh.
Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan
ini membantu penghadaman dengan menekan
kandungan-kandungan
dalam perut ke bawah.
 
mantap bro..........
semoga Allah memberkati diri dan keluargamu....
InsyaAllah....
 
bagus info ... anda terbaik
 
Alhamdulillah...satu perkongsian yang sangat bermakna...marilah kita sama-sama berazam untuk mengejakan solat dengan sebaik mungkin...anggaplah setiap waktu solat yang dikerjakan itu adalah solat kita yang terakhir...
 
Back
Top
Log in Register