BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Manchester United Sah Dapatkan Sofyan Amrabat Secara Pinjaman

FB_IMG_1694849329085.jpg


Ten Hag berkenaan Sofyan Amrabat

“Amrabat, dia kembali malangnya dengan kecederaan, jadi dia tidak akan dapat bermain untuk esok [Sabtu], tetapi saya fikir, dalam masa yang singkat [tidak lama lagi], ya. Dan saya pasti kita semua akan mendapat kegembiraan daripada mereka. "

Jadi kita tidak akan melihat Amrabat bermain esok.. keberangkalian berdepan Bayern Munich amatlah diperlukan..

Dengan Casemiro dan Amrabat ditengah lebih perlindungan lebih dinamik dari segi bertahan..

#AMU12
 
FB_IMG_1694849404417.jpg


Erik ten Hag mengenai Sofyan Amrabat: “Dia juga boleh bermain sebagai bek sayap atau fullback.”

Ya, mungkin ada benarnya juga jika Amrabat bermain disebelah kanan posisi fullback..

Dengan sistem yang akan menolak fullback ditengah ketika dengan bola, kebolehannya sebagai pemain tengah juga satu advantage

Boleh lihat Arteta meletakkan Partey di bek kanan, akan naik ke tengah ketika in possession. Dan akan kembali ke posisi ketika tanpa bola.

Kembalinya Kobbie Mainoo dan Mason Mount, ditambah dengan keberadaan Scott dan Eriksen, Amrabat boleh digunakan sebagai alternatif lain di bek kanan bersaing bersama Wan Bissaka.

#AMU12
 
FB_IMG_1695528649212.jpg


[ BMU - Petikan Kata ]

Penantian peminat untuk melihat aksi Sofyan Amrabat berakhir pagi tadi apabila pemain yang dipinjam daripada Fiorentina itu membuat penampilan pertamanya bersama Manchester United pada penghujung babak separuh masa kedua perlawanan.

Pemain kelahiran Maghribi itu dimasukkan pada minit ke 89' menggantikan Johnny Evans dan diberikan peranan bermain di posisi bek kiri United.

Bersangkutan penampilan pertama beliau, Sofyan dipetik menerusi Instagramnya berkata, "Suasana yang hebat ketika penampilan pertama saya. Gembira dengan kemenangan yang diraih."

Tulisnya lagu, "Terima kasih di atas sambutan mesra yang diberikan."

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1695528792735.jpg


Punya lah menunggu Amrabat debut. Tapi main berapa minit dengan situasi pasukan dalam tekanan dan dapat posisi ‘baik punyerr’

Masuk saja main leftback.. kena cover serangan lawan dengan peranan yang pelik.. ya seorang pemain perlu buat kerja apa yang manager mahukan.

Tapi itulah, kerja yang dia dapat hampir juga berikan lawan gol penyamaan jika foul yang dia buat tadi dimanfaatkan dengan baik dari Burnley.

Lepas ni bolehlah bagi first eleven pulak lawan Crystal Palace..

Martial Garanacho Pellistri Amrabat rasanya pemain yang duduk benched tadi akan bermula dalam Carabao Cup..

#AMU12
 
FB_IMG_1696009566458.jpg


[ BMU - Pasca Perlawanan ]

Sofyan Amrabat telah disenaraikan dalam kesebelasan utama Manchester United dan merupakan salah seorang pemain penting pagi tadi.

Bergelar satu-satunya pemain Maghribi yang menyarung jersi United, beliau menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dalam perlawanan berkesudahan United menang 3 - 0 ke atas Palace. Kelibatnya dilihat berada di mana-mana sahaja atas padang dan mampu memainkan peranan di pelbagai posisi seperti bek kiri dan tengah bertahan.

Bukan itu sahaja, malah kehadiran Sofyan juga berjaya mengubah prestasi pemain lain di sekelilingnya. Antara yang ketara dapat dilihat adalah memberi peluang kepada Casemiro untuk lebih menyerlah serta bangkit semula daripada prestasi tidak konsisten kebelakangan ini.

Pada perlawanan pagi tadi, Casemiro juga diperamati kerap memberi ancaman di kawasan suku keempat padang. Ini kerana Sofyan telah bertindak melindungi beliau dan membolehkan pemain kelahiran Brazil itu bebas berada sedikit di bahagian atas tanpa perlu bimbang dengan serangan balas daripada pasukan lawan.

Semoga keserasian gandingan mereka berdua memberi kelebihan kepada pasukan United di perlawanan akan datang.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696009636415.jpg


| BMU - Petikan Kata |

Sofyan Amrabat berkata beliau akan bermain sebagai penjaga gol jika Manchester United memerlukannya beraksi di posisi berkenaan.

Amrabat: “Ini adalah impian saya sejak saya kecil, bermain untuk Man United. Saya bermain di mana saya boleh membantu pasukan, walaupun sebagai penjaga gol! Saya bermain demi lencana di dada”.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1696078611337.jpg


Erik ten Hag: "Seperti yang anda katakan, dia mempunyai lebih banyak kebolehan. Sebagai pemain di peringkat tertinggi, anda memerlukan set kemahiran yang lebih luas, bukan hanya satu kemahiran. Staminanya, dinamik, saya fikir adalah salah satu aset terbesar. "

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register