BTC USD 83,389.5 Gold USD 4,265.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Manchester United Sah Dapatkan Sofyan Amrabat Secara Pinjaman

FB_IMG_1693063928152.jpg


SETIA MENUNGGU MU..

Abang Pian aka Sofyan Amrabat tidak berada bersama skuad Fiorentina dan umum mengetahui juga dia berlatih secara bersendirian..

Demi menunggu tawaran dari Man United, dia menolak kelabnya sekarang dengan harapan yang besar untuk berpindah.

Boleh lihat dah disitu KECURANGAN dengan majikannya sekarang demi untuk mendapatkan majikan baru.

Ayuh United jangan ditunggu lagi, wake up. Kesian member menunggu bidaan tak kunjung tiba.

Patut abam Fabrizio ni tag la Man United tu. Mana tau dapat komisen dari abam Pian nanti kalau done deal.. Huh itu pun mahu kena ajar ka..

#AMU12
 
FB_IMG_1693067189360.jpg


Konteks tetap sama.

United belum membuat pergerakan lagi. Amrabat masih menunggu dan terus menunggu..

Abang Pian dah kira dibuang dari skuad Fiorentina ni. Malu woo kalau tak jadi

Wake Up United

#AMU12
 
FB_IMG_1693502943174.jpg

FB_IMG_1693502951746.jpg


| BMU - Informasi Perpindahan |

Menurut laporan dari koresponden terkenal daripada The Athletic, David Ornstein, pihak Manchester United kini bekerja keras dalam usaha mendapatkan khidmat Sofyan Amrabat melalui proses pinjaman dari Fiorentina. Perkara ini kerana terdapat kekangan FFP untuk merekrut pemain Morocco tersebut secara belian terus.

Ryan Gravenberch antara opsyen lain sekiranya urusan dengan pasukan daripada Itali itu dilihat gagal.

#BMU #MUFC #GGMU #BMU7
 
FB_IMG_1693503053725.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Menurut Fabrizio Romano, Manchester United kini mempersiapkan bidaan rasmi untuk Sofyan Amrabat, sentiasa menjadi sasaran utama.

TIADA bidaan rasmi secara pinjaman dihantar kepada Fiorentina seperti tular di media sosial semalam, hanya perbincangan tidak rasmi.

Fiorentina mungkin terbuka untuk meminjamkan Sofyan tetapi mengutamakan perjanjian pinjaman dengan kewajiban untuk membeli bergantung kepada terma.

🇲🇦 Sofyan, menunggu Man Utd sejak Jun. 48 jam sebelum jendela perpindahan musim panas tertutup.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
mantap weh
sofyan amrabat to premier league
ni yg aku nak
amrabat-PL.png
 
mmg aku nak sgt dia ke Epl
prestasi ambarat masa world cup hari tu awesome gila
 
FB_IMG_1693620096850.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Semasa dari Fabrizio Romano. Setia menunggu sejak Jun lalu, Sofyan Amrabat akhirnya telah menandatangani kontrak beliau untuk secara rasmi menyertai Manchester United. Pengesahan akan dibuat pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Segala dokumentasi antara kedua belah pihak telah selesai sepenuhnya.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
Back
Top
Log in Register