BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana Janji Yb?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA: “Janji tinggal janji“ begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan nasib seorang lelaki yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah, Rahman Sabirin, 35 dari Kampung Pengkalan Samak, Merlimau dekat sini yang mendakwa masih belum menerima kerusi roda seperti dijanjikan Biro Kebajikan Umno Bahagian Jasin, enam bulan lalu.

Rahman berkata, bantuan kerusi roda itu dijanjikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang melawatnya bersama beberapa pegawainya Jun tahun lalu.

Beliau berkata, kerusi roda itu dijanjikan akan dihantar dalam tempoh dua minggu tetapi sehingga kini bantuan itu belum diterima.

Lebih dikesalkan katanya, pihak terbabit bukan sahaja gagal menunaikan janji mereka malah tiada seorang pun wakil datang mengunjunginya semula untuk memaklumkan alasan gagal menghantar kerusi roda berkenaan.

“Sebenarnya, saya bukan sengaja hendak mensensasikan perkara ini tetapi saya sangat sedih apabila pihak berkenaan tidak mengotakan janji mereka itu sehingga sudah berlarutan selama enam bulan kini.

“Ini kerana, saya sememangnya berharap sangat agar dapat sebuah kerusi roda baru bagi menggantikan kerusi roda lama yang sudah rosak dan berkarat yang saya masih gunakan lebih satu tahun lalu,” katanya.

Rahman berkata, ketika ini, dia menggunakan dua kerusi roda bagi kegunaan untuk mandi dan membuang air besar.

Menurutnya, kedua-dua kakinya lumpuh selepas tulang belakangnya retak akibat terjatuh dari motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Melaka pada 1996.

“Saya dimasukkan ke wad Hospital Melaka selama lebih dua bulan akibat kecederaan teruk dan sehingga kini saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman berkata, memandangkan keadaan dirinya yang lumpuh dan tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 yang diterimanya sejak 1998, dia tidak mampu membeli kerusi baru untuk menggantikan yang lama itu.
 
menteri tau buat janji..tapi taktau tunai kan. nak salah kan otak yg dah pelupa, takleh gak.. senang cite, kalau dah tua, letak je la jawatan.

ps: next time menteri2 kene pkai PDA instead of pkai nokia jek. letak la reminder ke, memo ke.. hahaha.student pon dah pandai pkai pda utk remind pegi class
 
menteri tau buat janji..tapi taktau tunai kan. nak salah kan otak yg dah pelupa, takleh gak.. senang cite, kalau dah tua, letak je la jawatan.

ps: next time menteri2 kene pkai PDA instead of pkai nokia jek. letak la reminder ke, memo ke.. hahaha.student pon dah pandai pkai pda utk remind pegi class

menteri bukan lupa tapi buat-buat lupa supaya boleh buat janji yg sama untuk dapat undi pilihanraya akan datang...biasa ler ...MELAYU UMNO MUDAH LUPA

:(scam :(scam :(scam
 
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof aritu berkobar2 bercakap dlm perhimpunan...

:(scam :(scam :(scam
 
apa nak heran dah standard ameno.com...apa2 pun gambaq dia dah masuk tv3 suku:)):))
 
huhuhu..konpom pasni trus dpt kerusi roda tu...silap2 dpt lebih lg...huahua
 
biasala.....menteri.....janji ja manis....tp hasilnya pahit.....
buat janji itu ini, tapi x dpt tunaikan, x kan A Parlimen ni x blajo agama?????? klu dah janji 2, tunaikan la. Klu x dpt, len kali x pyh nak tabur janji2 kosong. Bodoh btul. Klu sedar diri 2 dah tua dan nyanyuk, letak jwtn la.
 
kepala penuh dgn kempen je kot..
menang hari nie..da pk kempen utk 5 tahun akan dtg..
tp bukan setakat kempen..
diorg pening gak pk pasal tender2, kroni2, anak2 buah, dinner..
hmm..
 
apa tu...apa tu...apa tu....memang semua "pemimpin jatuh longkang" amno sengal :))
 
Back
Top
Log in Register