BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana jaminan air percuma 40 meter padu?

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Shahrum Mohd. Sharif​

SHAH ALAM 19 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias mempersoalkan jaminan kerajaan negeri untuk meneliti cadangan menambah kadar air percuma daripada 20 kepada 40 meter padu selepas penstrukturan semula industri air di negeri ini dimuktamadkan bulan depan.

Beliau berkata, jaminan tersebut harus diberikan keutamaan memandangkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah menyatakan kesediaan untuk menyemak serta menimbang semula perkara itu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, Mohamed Azmin seolah-olah sengaja lupa untuk membangkitkan soal cadangan penambahan air percuma kepada 40 meter padu ketika membuat penjelasan semasa sesi pertanyaan mengenai industri perkhidmatan air di negeri ini, kelmarin.

“Malah, Menteri Besar turut membayangkan kerajaan negeri mungkin menaikkan tarif air selepas penstrukturan industri perkhidmatan air di negeri ini selesai atas faktor kemungkinan dalam jangka masa panjang susulan jangkaan kos yang akan ditanggung anak syarikat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akan meningkat pada masa depan,” katanya ketika ditemui di lobi DUN, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shamsudin, beliau turut menggesa kerajaan negeri supaya segera memuktamadkan penstrukturan industri air Selangor bagi mengelak peningkatan kos pengambilalihan aset serta liabiliti syarikat-syarikat konsesi berjumlah RM7.65 bilion daripada jumlah keseluruhan penstrukturan sebanyak RM9.65 bilion.

“Jika berlaku peningkatan kos (pengambilalihan), maka sudah tentunya beban tersebut mungkin akan dialirkan kepada rakyat menerusi peningkatan tarif air,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif ketika ditemui turut mempersoalkan janji kerajaan negeri untuk memberikan manfaat kepada setiap rakyat Selangor menerusi saham air yang akan diperoleh, hasil daripada penstrukturan industri perkhidmatan air.

“Janji itu (berikan saham air kepada rakyat) adalah janji kerajaan negeri, tidak kira sama ada yang sebelum ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) atau yang sekarang (Mohamed Azmin),” katanya.
 
Pakai yg 20 ni pon tak abis.. ni kan pulak 40... takda benda.lain agaknya nak.pertikai..
 
tapi sejak TSKI berhenti, entah apa haritu deal,
le ni kena bayar bil air semula..
padahal bertahun sebelum ni bil air negative ja..
 
Ada lagi Datuk Mohd. Shamsudin Lias ni...ingat dah pencen.
 
pasai air jerk pun,
mana jaminan GST harga barang x naik??
 
pasai air jerk pun,
mana jaminan GST harga barang x naik??

Janji psl gst tu sbb parti dia yg janji brg tak naik, dasar pencacai mmg mcmt.

Org nak tmbh air free mau kecoh, janji ditepati bkn dicapati mcm bn
 
sdah lebih setahun menetap di selangor..

tak pernah lagi bayar bil air...
 
Back
Top
Log in Register