balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kelihatan beberapa buah kenderaan yang lalu lalang di kawasan Kuala Terengganu belum mengibarkan Jalur Gemilang.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU – Jalur Gemilang belum berkibar sepenuhnya di sekitar Kuala Terengganu. Adakah mood raya belum habis dan tidak sedar akan kedatangan tanggal 31 Ogos?
Tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati kebanyakan kenderaan yang memenuhi setiap ruang sama ada di parkir, di tengah jalan atau pengangkutan awam, mendapati suram tanpa kibaran bendera Malaysia.
Begitu juga yang dapat dilihat di deretan kedai sepanjang jalan kawasan Kuala Terengganu, kebanyakannya belum menaikkan bendera Malaysia bagi menyatakan semangat kecintaan terhadap kemerdekaan yang dicapai di negara ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa jabatan kerajaan sudah mula mengibarkan Jalur Gemilang di pagar pejabat masing-masing.
Orang awam yang mahu dikenali sebagai Yahni berkata, mungkin semangat raya belum habis menyebabkan masyarakat seakan lupa mengenai sambutan 31 Ogos yang bakal disambut tidak lama lagi.
Malah, dia sendiri mengakui belum memasang Jalur Gemilang pada kenderaan serta rumahnya seperti tahun sebelumnya.
“Insya-Allah lepas ini, saya akan memasang bendera dan mengajak ahli keluarga serta rakan-rakan lain turut sama mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong, Hassim Abdullah berkata, Jalur Gemilang akan mula dipasang bermula Jumaat ini (23 Ogos) melibatkan rumah penduduk serta di tepi jalan.
“Untuk tahun ini, 500 helai bendera Malaysia disediakan, tetapi kita mungkin tidak menggunakan sepenuhnya dan bergantung kepada keperluan.
“Kita juga akan mengagihkan kira-kira 100 helai bendera kepada rumah yang berada di tepi jalan utama supaya menampakkan kemeriahan sambutan hari kemerdekaan,” katanya.
Hassim turut mengakui belum mengibarkan Jalur Gemilang buat masa ini dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.