BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mana ada hantu?

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Mana ada hantu?

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
A view of the sea
PELBAGAI cerita karut menyebabkan nilai harga Pangsapuri Amber Court jatuh mendadak.
Kuala Lumpur: Pelbagai kisah seram sebuah kondo yang konon 'berpuaka' di Genting Highlands dikongsi kumpulan pemburu hantu di media sosial sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, ratusan penduduk Pangsapuri Amber Court mendakwa semua kandungan di media sosial membabitkan pengalaman menakutkan dikongsi di pangsapuri itu hanyalah bertujuan meraih jumlah tontonan tinggi tanpa bersandarkan fakta.

Pengerusi Amber Court Management Corporation Datuk Seri Dr K K Chai berkata, lebih 100 penduduk berkumpul di luar pangsapuri itu Sabtu lalu bagi membantah YouTuber dan tindakan kumpulan pemburu hantu.

Menurutnya, kumpulan itu menceroboh masuk pangsapuri berkenaan pada waktu malam bagi menghasilkan video berhubung aktiviti paranormal dengan dakwaan kediaman itu dihuni banyak hantu dan roh jahat.

"Hakikatnya penduduk Pangsapuri Amber Court sudah muak dengan berbagai kisah seram disebarkan kononnya bangunan itu berhantu serta berpenunggu.

"Semua dakwaan itu tidak berasas. Tiada seorang pun daripada kami pernah melihat hantu apatah lagi diganggu aktiviti ghaib di pangsapuri itu.

"Saya yakin mereka (kumpulan menghasilkan video) hanya melakukannya bagi mengejar populariti di media sosial. Malah, saya tidak pasti jika mereka juga ada agenda lain tersembunyi," katanya ketika ditemui di Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, semalam.

Menurutnya, ia terbukti apabila muncul individu mendakwa sebagai bomoh hebat yang menawarkan khidmat 'membersihkan' rumah dari gangguan roh hantu.

"Kami yang mendiami pangsapuri ini sejak berpuluh tahun lalu kecewa dengan tanggapan ramai kononnya pangsapuri ini 'keras' dan berhantu," katanya.

Menurutnya, lebih RM1.4 juta dibelanjakan untuk menaik taraf rupa pangsapuri itu dan menukar lif di kediaman itu.

Sementara itu, salah seorang penghuni, H Wong, 40-an berkata, pelbagai cerita karut itu menyebabkan nilai harga pangsapuri di lokasi peranginan itu jatuh mendadak.

"Walaupun ia berharga sekurang-kurangnya RM1,000 sekaki persegi namun hartanah pangsapuri Amber Court ketika ini hanya bernilai sekitar RM250 sekaki," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, tindakan tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu perlu dihentikan.

"Terlalu ramai yang menghasilkan content (kandungan di media sosial) berhubung kisah hantu di Amber Court. Jika benar berhantu, saya yakin tiada siapapun berani menghuni pangsapuri itu. "Sehingga kini terdapat beratus penghuni mendiami pangsapuri berkenaan dan mereka tinggal dengan aman," katanya.

Menurutnya, penduduk di kediaman itu sudah mendapatkan khidmat guaman bagi mengheret mana-mana individu yang sengaja mengganggu gugat kesejahteraan mereka.

"Penduduk di situ tidak akan lagi bertolak ansur," katanya.

Disiarkan pada: June 25, 2022 @ 12:30pm
 
wow harga jatuh! copek2 beli banyak2 buek homestay dgn tema 'pengalaman tidur di homestay berhantu'

mesti laku kerasssss....lps tidor situ trus mapoh kerassss ekekkekekke
 
Cameron Highland ka............. Sejuk2 hantu sana.......... 🤣🤣🤣🤣

Mau jumpa benda mengusik kat sana, try barre Centre....... Malam2 ada bunyi trolly hospital, lampu ambulance, bunyi pintu tutup buka............. Special tu.......
 
Tu pun ramai org melayu nak sgt jual tanah melayu kat org cina. Mcm la cina2 tu nak beli ikut market value. Tu la pelik tanah melayu je nak jual kat cina nape tak jual kat org melayu.

Diorg beli murah. Silap2 ad je bawah 250sft sekali pun melambak.
 
Bab jual tanah memang melayu terer, bab beli tanah tu yg sikit sgt percentnya 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Tunggu tanah yg free je le....... Tanah kubur
 
Datuk seri tu tahu apa, ni hantu melayu. Bukan yang jenis loncat-loncat tu.
Mana ada hantu melayu yang berani nak sakat dragon.
Boleh jatuh harga sebab cina takut hantu....................... Melayu tak takut hantu tapi tak dak duit nak beli walaupun dah murah......... 🤣🤣🤣🤣🤣
 
Back
Top
Log in Register