Ashley Young mungkin tinggalkan Old Trafford sebelum tarikh akhir perpindahan pemain esok
Mourinho memaklumkan satu-satunya pemain yang mungkin akan keluar daripada skuadnya adalah Young
Pemain berusia 31 tahun itu menyertai United dari Aston Villa pada 2011 dan telah dihadkan kepada empat perlawanan skuad senior musim ini
Mourinho menegaskan hasratnya untuk mengekalkan pemain, tetapi menjelaskan dia mengetepikan Young daripada skuad dalam perlawanan menentang Wigan bagi mengelak pemain itu terikat dengan penampilan dalam kejohanan (jika mendapat minat dari pasukan lain dalam Liga Perdana Inggeris)
"Satu-satunya pemain yang saya sedar mungkin meninggalkan pasukan dan saya menunggu sehingga esok untuk mengetahui apa yang sedang berlaku adalah Ashley Young," kata jurulatih dari Portugal itu
"Dia seorang pemain yang saya gemar untuk simpan, tetapi dia mungkin pergi, sebab itu saya tidak turunkannya"
*tanda-tanda JM hampir pasti mahu menjual AY tapi dalam masa yang sama masih berhasrat menyimpan beliau dibangku simpanan