Real Madrid akan membuat rombakan besar-besaran pada musim hadapan. Cristiano Ronaldo dan 10 lagi pemain bintang akan disenaraikan didalam perpindahan pemain
Zinedine Zidane dan Florentino Perez dilaporkan telah jemu dengan prestasi pemain bintang Real Madrid yang tidak menentu dan akan merombak semula pasukan
Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris pula sedia merebut pemain Real Madrid yang tidak diperlukan itu
Real Madrid telah menyenaraikan 10 pemain yang telah diletakkan didalam senarai perpindahan, menurut satu laporan daripada Sepanyol
Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos pula dikatakan telah membuat permohonan untuk berpindah selepas pasukan mereka tewas ditangan pasukan jiran, Atletico Madrid pada Sabtu lalu
Peminat dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi pemain bintang dan Perez selepas kekalahan 1-0 tersebut dimana peluang merebut kejuaraan liga dilihat semakin sukar
Antara pemain yang bakal dijual adalah RONALDO and RAMOS, ISCO ,ALVARO ARBELOA, JAMES RODRIGUEZ, TONI KROOS, CASEMIRO dan DANILO serta JESE
Ronaldo,31, telah dikaitkan akan kembali ke Manchester United pada hujung musim ini. Louis Van Gaal turut membida Sergio Ramos sebanyak £32 juta