BTC USD 82,360.1 Gold USD 4,153.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man City Man city LATEST UPDATE, TALK, ISSUE, FEATURES

Status
Not open for further replies.

City bakal guna taktikal 'lebih gila'​

23 Februari 2023 01:03pm

2103682.jpg


Guardiola mungkin akan menurunkan sembilan penyerang pada aksi kedua City menentang Leipzig bulan depan. - Foto EPA


MANCHESTER City mungkin menggunakan taktikal 'lebih gila' pada aksi kedua menentang RB Leipzig setelah mereka terikat 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

Jurulatihnya, Pep Guardiola dalam nada berseloroh menyebut City akan menyenaraikan sembilan penyerang untuk menyingkirkan Leipzig dalam aksi timbal balik di laman sendiri bulan depan.

City terlebih dahulu di depan menerusi Riyad Mahrez pada babak pertama, namun Josko Gvardiol menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

“Saya tidak mahu datang ke sini dan tewas 4-3. Ia perlu lebih terbuka di Manchester,” katanya.

Guardiola berpengalaman selama tiga tahun di Jerman ketika memacu Bayern Munich menjulang gelaran Bundesliga.

“City tidak mampu bersaing dengan kepantasan pasukan Jerman.

“Kami tidak cukup lengkap untuk bersaing dengan mereka yang mempunyai banyak pilihan. Mereka lebih baik dan pantas daripada kami, kecuali Kyle (Walker) dan Erling (Haaland).

“Mereka mempunyai kepantasan tetapi kami tidak,” katanya.

Justeru Guardiola secara bergurau menyatakan bahawa dia akan menjadi 'lebih gila' pada perlawanan kedua apabila mungkin bermain dengan sembilan penyerang.

“Saya pernah melatih di negara ini. Saya menganalisis Leipzig dan ia memerlukan kawalan sebegini,” katanya.


 
kevin de bruyne. best midfielder in his generation
E1v5k2.jpg
 

City yakin mampu potong Arsenal​

05 Mac 2023 10:07am

2115708.jpg


Pemain City meraikan gol ketika menentang Newcastle. - Foto AFP


PEP Guardiola percaya pasukannya melepasi halangan penting selepas kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan Manchester City terus memberi tekanan kepada Arsenal.

Gol daripada Phil Foden dan Bernardo Silva menyaksikan City terus menghidupkan peluang untuk menjuarai saingan EPL musim ini.

"Sebelum perlawanan, ia adalah 'bye', kini kami ucapkan 'hello'. Banyak perkara akan berlaku.

"Hari ini adalah perlawanan penting, dan esok (hari ini) kami akan duduk di hadapan televisyen untuk menonton Anfield (Liverpool menentang United). Itulah yang akan kami lakukan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras apabila Newcastle memberikan tekanan pada separuh masa kedua.

"Ia adalah Newcastle. Mereka adalah pasukan yang luar biasa. Set-piece daripada (Kieran) Trippier, setiap sudut, setiap sepakan, mereka berada dalam kedudukan yang bagus.

"Mereka mempunyai pemain tengah bertahan yang luar biasa. Mereka berada di final Piala Liga seminggu yang lalu. Ia adalah keputusan yang luar biasa untuk kami, kerana ia adalah permainan yang sukar," katanya.

Dalam pada itu, Silva melihat tiada yang mustahil untuk City menjuarai liga musim ini walaupun sedar kewibawaan yang dipamerkan Arsenal.

"Saya lebih suka menjadi yang pertama (juara). Ia lebih baik (daripada yang kedua).

"Arsenal berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada kami, tetapi kami akan cuba mengawal apa yang kami mampu," katanya.


 
uefa champion league
EG9kJ8.jpg


EG9REx.png

twitter.com/ChampionsLeague/status/1635752409451339777
 
Last edited:
Haaland hits 5 vs Leipzig to become youngest(23year old) player to score 30 UCL goals
 
masa diorang tak sunat lagi pun diorang dah minat City
ELMH4l.jpg
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register