Kenit
Active+ Member
- Messages
- 4,431
- Joined
- Aug 15, 2014
- Messages
- 4,431
- Reaction score
- 54
- Points
- 30
Bro, tlg buat s kt https tu.. Rosak thread
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Mcm mana caranya pas nak tawan felda?
Sebenarnya, orang Felda ada beberapa mentaliti.
Aku pernah rasa duduk di felda 7 bulan.
Aku bukan anak Felda, jadi ni beri aku celik mata untuk melihat dari dalam.
7 bulan tu sikit sangat, tapi buka mata aku.
-orang tua yang biasa
Pergi kebun, pergi masjid, tak suka masuk.campur hal orang
UMNO
-orang tua tak sedar diri
Tahu duit dan joli
UMNO
-budak muda generasi kedua mengusaha kebun
50%UMNO 50%PAS
-budak muda perabih duit mak bapak
UMNO
-pegawai dan kakitangan FELDA
50%UMNO 50%PAS
pada aku, boleh kata 70-90% orang yang TINGGAL di Felda adalah penyokong UMNO.
Kecuali-
-asal Kelantan
-asal Kedah
-asal Terengganu
Orang Kelantan dan Kedah adalah majoriti utama di Felda-felda, mungkin antara 20-30% dari peneroka.
Banyak yang dilihat sebagai orang PR di Felda sebenarnya adalah orang luar.
Tidak tinggal di dalam Felda, tapi masih mengundi di Felda.
Aku nampak ada hanya ada 3 peluang untuk anak Felda berjaya keluar dari Felda
-UPSR, pergi asrama
-PMR, pergi asrama
-SPM, ini adalah peluang terakhir untuk keluar dari kepompong Felda.
Semakin meningkat usia, semakin sukar untuk lepas dari Felda.
Semakain lama tinggal di felda, semakin banyak dugaan dan rintangan untuk.tumpu kepada pelajaran.
Aku ada banyak.kawan dari Felda, kebanyakkan yang berada di universiti, bukan menduduki SPM di sekolah di dalam Felda.
Ramai SPM di SBP dan MRSM.
Dari golongan inilah yang ramai berjaya ke universiti dan luar negeri.
Dan mereka ini ramai yang menyokong PR.
(Ada yang kata sokong PR IQ rendah. Terpulanglah kepada taksiran masing masing).
Walau bagaimanapun, mereka ini bukan penduduk Felda.
Mereka balik setahun atau sebulan sekali.
Pengalaman aku tengok,cuti sekolah, penuh kereta kereta mewah dalam Felda. Anak anak balik kampung.
Ada sebahagian mereka yang mempengaruhi ibu bapa untuk tidak menyokong BN.
Tapi bukan semudah itu nak ubah orang yang berumur 60 tahun ke atas.
Ada seorang kawan bercerita, dia dah pasang ASTRO kat rumah ayah dia, supaya tengok AWANI.
Tapi ayah dia tetap tengok berita RTM dan TV3.
Pemasalahan di Felda ni, adalah anak.anak muda yang tinggal di Felda ni, tak semua, tapi kebanyakkan ada masalah.
4 jenis anak muda di Felda
-kaki rempit/bohsia
-mat pet/dadah
-kuat kerja/anak muda contoh
-geng tabligh/pemuda insaf, ada yang rajin kerja juga, ada yang jenis lepak masjid je(masih lebih baik dari merempit dan dadah)
Jangan mudah buat tafsiran, geng tabligh bukan penyokong PAS.
Tabligh biasanya kurang minat politik.
Masalah sosial di Felda
-lumba motor
-seks bebas
-mencuri akibat dadah
-pengedaran dadah
-judi haram (dari segi undang undang Malaysia), loteri haram.
Gejala ini masuk sampai ke Felda.
Ada pot nak beli dadah.
Seminggu ada hari yang boleh beli nombor judi haram. Ada tempat nak tunggu.
Anak anak perempuan kejar lelaki.
Ini aku nampak sendiri.
Sebab tu, di kalangan sesetengah peneroka, diorang memang push supaya anak diorang keluar dari Felda.
Pastikan belajar bersungguh-sungguh, UPSR, PMR.
Hantar ke sekolah agama, sekolah asrama.
Aku pernah tengok dulu, macam mana, keluarga datang hantar anak ke sekolah asrama, naik kereta yang uzur.
Aku faham.sekarang.
Tu semua pengorbanan soerang ayah, nak keluarkan anak anak dari kepompong Felda.
Sebab bila anak sudah mula pandai naik motor sendiri, dah pandai keluar rumah sendiri, ayah sudah mula hilang kawalan terhadap anak.

Betul dah yg ko cakap tu..
Ada jugak la beberapa benda yg tak berapa betul tapi almost betul
So bila tgk dari komen ko sendiri pon, kita tak nampak apa peranan yg pr telah lakukan utk menawan hati org felda ..