BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mampu tembusi pasaran China

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
MENCARI tongkat ali yang hidup liar di hutan untuk dijadikan sumber pendapatan sememangnya sinonim dengan masyarakat Orang Asli.

Walaupun kehidupan masyarakat itu kini sudah berubah dengan pelbagai pembangunan namun aktiviti mencari tongkat ali asli masih diteruskan berikutan mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Tambahan pula terlalu banyak produk terutama minuman yang berada di pasaran sekarang mempunyai campuran tongkat ali.

Malah boleh dikatakan Orang Asli antara pembekal tongkat ali liar yang popular di negara ini.

Jika dahulu mereka hanya memenuhi permintaan tempatan tapi kini sudah menembusi pasaran luar negara.


Pendapatan cecah RM50,000 sebulan

Kejayaan tersebut dibuktikan anak kelahiran Kampung Orang Asli Batu 55, Zainal Arsah, 45, apabila menjadi pembekal kepingan tongkat ali liar untuk dieksport ke China.

Zainal dibantu isteri dan anak mencari sendiri tongkat ali di hutan bagi memastikan bekalan mencukupi sekurang-kurangnya 900 kilogram setiap bulan.

Batang pokok tongkat ali akan dipotong kecil berbentuk kepingan dan disteril serta dijual secara borong pada kadar RM50 sekilogram sekali gus memberi pulangan pendapatan lumayan.

"Sejak dari kecil saya sudah ikut bapa ke hutan mencari akar kayu untuk dijual bagi menampung perbelanjaan keluarga.

"Dulu saya hanya cari kalau ada permintaan daripada penduduk berdekatan dan jual di pasar tani.

"Dua tahun lepas, saya bertemu dengan seorang rakan yang tinggal di Klang dan menawarkan menjadi pembekal sebab dia mempunyai sebuah kedai di negara China," katanya.


Bungkusan dirampas

Zainal berkata, dia dan rakannya itu menjalinkan kerjasama sebagai rakan kongsi untuk memasarkan kepingan tongkat ali liar ke China.

Menurutnya, pelbagai dugaan dan halangan ditempuhi sebelum berjaya menawan hati penduduk China yang terlalu mementingkan kebersihan serta kesihatan diri.

"Pada mulanya saya cuba hantar dalam bentuk potongan panjang tapi ditolak malah bungkusan seberat 300 kilogram itu pernah kena rampas di lapangan terbang.

"Mereka mahu dalam bentuk kepingan dan tidak mengalami sebarang kerosakan atau rekahan yang retak.

"Saya ke China untuk buat urusan dan mendapati orang di sana menjadikan tongkat ali sebagai minuman harian di kedai bagi menggantikan air teh, milo serta kopi," katanya.

Zainal berkata, tiga mesin memproses akar tongkat ali juga dibeli di China dan kerja berkaitan dilakukan bersama isteri serta anak di rumah.

Selain merancang memperkembangkan perniagaan untuk produk kopi segera campuran tongkat ali, Zainal dan rakan kongsi turut berhasrat mengeluarkan produk tongkat ali berbentuk kapsul.

Katanya, ia menggantikan minuman namun mempunyai khasiat sama sebagai produk kesihatan untuk diamalkan setiap hari.


Penerokaan hutan jejas pengeluaran

Dalam pada itu menurutnya, penerokaan hutan turut menjejaskan sumber pengeluaran dan hanya pokok tongkat ali berusia tiga tahun ke atas sahaja diambil.

"Kadangkala saya sendiri tak sempat cari di hutan sebab waktu malam perlu lakukan proses memotong, mengering dan membungkus.

"Bagi memastikan bekalan mencukupi, saya membeli daripada kawan lain dan secara tidak langsung dapat membantu mereka," katanya.
 
Back
Top
Log in Register