ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 30 JUN 2015 - Mohamad Ali Kamarudin,37 atau di kenali mamat exist di kenakan denda RM 4,500 diatas penyalahgunaan dadah sejurus keluar dari Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini. GAMBAR : AZLAN HADI ABU BAKAR / PEMBERITA : UMAVATHI (MEJA MAHKAMAH)
KUALA LUMPUR 30 Jun – Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas kesalahan mengambil dadah, Mac lalu.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman memutuskan demikian selepas Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mahkamah turut mengarahkan Mamat diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.
Tertuduh yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini, kira-kira pukul 11 malam, 26 Mac lalu.
Pemenang tempat ketiga dan persembahan terbaik hasil undian penonton program realiti Gegar Vaganza baru-baru ini yang meraih wang kemenangan RM20,000 itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon satu hukuman setimpal berupa pencegahan dikenakan terhadap tertuduh.
“Ini kerana tertuduh adalah seorang selebriti dan dikenali orang ramai. Dia seharusnya menjadi contoh kepada peminatnya. Saya berharap hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap tertuduh akan menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.
Selain itu, Nurakmal Farhan memberitahu, mahkamah perlu mengambil kira faktor yang tertuduh pernah melakukan perbuatan yang sama dan mahkamah telah mengenakan denda terhadap tertuduh.
Sementara itu, peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah yang mewakili Mamat memohon hukuman ringan berbentuk denda kerana anak guamnya telah mengaku bersalah selain memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.
“Selain itu, anak guam saya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Anak guam saya masih mempunyai masa depan yang baik dengan bakatnya itu,” katanya.
Fadlyzil Ikram berkata, anak guamnya itu kini ditempatkan di Penjara Bentong, Pahang lebih sebulan setelah disabitkan dengan kesalahan yang sama sebelum ini.
Mamat yang memakai baju penjara berwarna merah serta bergari dilihat tenang sepanjang prosiding.
Sementara itu di luar mahkamah, Fadlyzil Ikram memberitahu, anak guamnya akan membayar denda tersebut hari ini.
“Kita juga akan membayar denda RM4,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Raub dalam tempoh seminggu dua bagi membolehkan anak guam saya menyambut Hari Raya bersama keluarga nanti,” katanya.
Pada 1 April lalu, Mamat yang dituduh atas kesalahan yang sama dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman setelah gagal membayar denda RM4,500.
Mahkamah Raub menjatuhkan hukuman denda RM4,500 atau penjara lapan bulan terhadap Mamat selepas dia mengaku bersalah memasukkan dadah jenis amphetamine ke dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis, Pahang, pada 19 Disember 2013.
Mamat