BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malu nak meminta ni

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni: "Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"...(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja...cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya.."Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?"

Dia pun menjawab dengan jujur: " Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan."

Saya terdiam...xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya...kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat...kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar....(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah...

petikan dari fb https://www.facebook.com/mohdsalme/posts/10202545124699919

terima kasih tt for sharing
 
Fuhhh.... Kerja apa gaji 7, 8 ribu sebulan tuu....?
 
“Engkau dan hartamu milik ayahmu!” (HR. At-Thabarani dalam “As-Saghir” dan Al-Ausath).

Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi Saw dan melapor. Dia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ….” “Pergilah Kau membawa ayahmu kesini”, perintah beliau.

Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau.

Jibril berkata: “Ya, Muhammad, Allah ‘Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orangtua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya.

Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: “Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil uangnya?”

Lelaki tua itu menjawab: “Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan uang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?”

Rasulullah bersabda lagi: “Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!”

Maka wajah keriput lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: “Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan ke-Rasul-anmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya …”

Nabi mendesak: “Katakanlah, aku ingin mendengarnya.”

Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: “Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: ‘Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda.
Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita.
Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras.
Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang.
Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan.
Sayang…, kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu.
Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel di dirimu …, seakanakan kesejukann bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.’

Selanjutnya Jabir berkata: “Pada saat itu Nabi langsung memegangi ujung baju pada leher anak itu seraya berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu!” (HR. At-Thabarani dalam “As-Saghir” dan Al-Ausath).

Semoga kita terhindar dari hal tersebut di atas.!!!!!!

Hampir kebanyakan anak sekarang ini setelah sukses mereka melupakan orang tuanya. Mereka enggan merawat orang tua dan malah mengirim mereka ke panti jompo.

Ya Allah jadikan hambamu ini menjadi anak yang berbakti kepada orang tua hingga mereka telah tiada kelak, Amin.

p/s serius.. setiap kali aku baca kisah ni aku mesti menangis.. sebab aku alami perasaan seorang ayah kepada anaknya. dan setiap kali itu aku teringat pengorbanan ayah aku sendiri :((

terima kasih tuan for sharing. Apa yg diadukan oleh si ayah pada rasulullah tersebut juga isi hati para ibu dan ayah.

Subhanallah!
 
aku doakan anak pendek akal nie terbaca kt cg atau pn kt tmpt lain..mgki otak dia hanged kot..bila terbaca moga auto reset otak tu.
 
Habis apa tindakkan TT bagi menyedarkan anak pakcik tu? Kami tak boleh buat apa2 sebab tak kenal pakcik dan anak dia. Mau kenal leh la aku p perli2 kat wall FB dia..
 
Aku masa mula2 kahwin dulu memang sesak ,senak dan sewaktu dengannya

Mak cakap : kalau xbagi duit xkisah ..tapi kalau xde duit jgn mintak mak ..hehe
Adik cakap : bang kalau kau xde duit bgtau aku , aku ade duit

Ape yg aku tengok adik aku gaji xbesar mane xsampai 1.3k.. hulur kat mak pun separuh gaji .. tapi belanja macam gaji lebih 3k ...
Aku plak xhulur pasal memang sesak gile2, ..gaji 1k je mase tu.... 1 hari tu mak aku cakap , kalau nak rasa duit cukup cuba bagi mak sebulan rm50 je ...nanti hang rasa macamana ... dan aku pun amalkan bulan2 hulur rm50 , ape yg aku rasa memang betul , gaji xbertambah , perbelanjaan bulanan sama tapi boleh tahan sampai hujung bulan .. dan alhamdulillah sekarang ni mampu bagi lebih dari tu mak aku dan mak mertua tiap2 bulan belanja barang dapur ... kalau dimurahkan rezeki aku nak mak ayah aku dan mertua aku duduk releks dirumah xyah menjahit baju,xyah keje guard dan xyah menoreh getah lagi...

Kepada kawan2 yg selalu sesak bulan2 cuba hulur sikit kat ibu bapa ... walau ibu bapa kaya sekali pun hulur jugak ,kalau malu nak hulur sikit ..dapatkan no akaun bank mereka dan masukkan senyap2 ..
Kalau xde duit sangat topupkan je hp dorang rm10 sebulan skali ...insyaallah korang akan nampak perubahan nanti ...cubalah

hermm...nice sharing...:D
 
Aku nk komen lebey pun segan..psal aku pun bg xbyk mana..tp xkanla 50 je..!!!
klu gaji 1k sbulan ley la bg byk tu...#:-S

bro.. kasi mak ayah rm10-20 pun mana kau mampu.. tapi sebaiknya kau kena ingat.. redha Allah bergantu kepada redha ibu bapanya dan petua murah rezki ialah kepada apa yg kita beri kepada ibu bapa.

aku bukan cakap tanpa sebab tetapi sesungguhnya aku dah alami. walaupun memang dalam kocek aku ngam2 tinggal rmXX (bank pun dah kontang) masa tu keja sendiri + xde job, aku bagi semua duit dlm kocek kat bapak aku. sampai bapak aku tanya aku "kau ada duit tak?" sebab dia tau aku xde duit langsung..

aku jawap "rezki kat mana2 je.."

malam tu member aku yang dekat setahun duk tangguh2 nak buat web call aku bagi duit deposit... alhamdulillah..

dan selalu byk kali kalau aku tgh xde duit.. aku bagi je semua duit aku tinggal kat mak ayah.. selang sehari dua mesti ada rezki masuk..

kadang2 bila aku merujuk kepada cerita dia atas tu.. aku mesti teringat betapa susahnya aku nk cari duit pabila susu + pampers anak abis. memalam mencari duit nk hantar g klinik. jadi sama jugalah ayah aku bersusah payah untuk membesarkan dan cari duit untuk aku masa aku kecik2 dulu. mak aku dulu sampai pakai duit belanja rumah semata2 nk bayar hutang aku dulu. apala sangat kau pk duit kau x cukup dengan apa yg ayah dan mak kau korbankan utk kau?

benda ni dah selalu sangat berlaku sbb tu aku percaya rezki tu datang dari Allah dan salah satu punca rezki dengan kita berbakti kepada ibu dan bapa.
 
boleh TT bagitau rumah pakcik yg mengurut tu kat mana..mana tahu saya dan kawan2 boleh pegi urut kat situ...boleh menambahkan pendapatan pakcik tu...

aku siap bg link fb kat situ.. aku copy paste dr status dia pun.. kau tanya la dia.. hehehe :D
 
mak ayah kekdg tk suka kite kasi duit, so kita byrkan terus je. blk kg belikan terus gas, beras, cukupkan ration terus...

mak bapak kita biasanya tak nk mengusahkan anak2, die lg risau nasib anak die drp risau diri die...
 
nak beli apa utk mak dgn ayah aku ni...aku dapat bonus ni...any suggestion..sedih plak baca crita ni...
 
Back
Top
Log in Register