BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malu nak meminta ni

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni: "Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"...(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja...cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya.."Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?"

Dia pun menjawab dengan jujur: " Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan."

Saya terdiam...xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya...kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat...kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar....(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah...

petikan dari fb https://www.facebook.com/mohdsalme/posts/10202545124699919
 
kerja bagus tp akai letak kt kepala lutut..
apa punya anakk... :mad:
kesiannyer pakcik tuu.. :((:((
 
nsb baik aku x tergolong dlm org cmni.minx jauh la.
 
walao...8k gaji bg fmly 50 je???
haizzzz....moga dijauhkn aku mcm tu...aku gaji kecik pn bg mak aku 200 sblun..huhuh
 
“Engkau dan hartamu milik ayahmu!” (HR. At-Thabarani dalam “As-Saghir” dan Al-Ausath).

Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi Saw dan melapor. Dia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ….” “Pergilah Kau membawa ayahmu kesini”, perintah beliau.

Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau.

Jibril berkata: “Ya, Muhammad, Allah ‘Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orangtua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya.

Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: “Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil uangnya?”

Lelaki tua itu menjawab: “Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan uang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?”

Rasulullah bersabda lagi: “Lupakanlah hal itu. Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!”

Maka wajah keriput lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: “Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan ke-Rasul-anmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya …”

Nabi mendesak: “Katakanlah, aku ingin mendengarnya.”

Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: “Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini: ‘Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda.
Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas. Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita.
Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras.
Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang.
Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan.
Sayang…, kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu.
Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel di dirimu …, seakanakan kesejukann bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.’


Selanjutnya Jabir berkata: “Pada saat itu Nabi langsung memegangi ujung baju pada leher anak itu seraya berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu!” (HR. At-Thabarani dalam “As-Saghir” dan Al-Ausath).

Semoga kita terhindar dari hal tersebut di atas.!!!!!!

Hampir kebanyakan anak sekarang ini setelah sukses mereka melupakan orang tuanya. Mereka enggan merawat orang tua dan malah mengirim mereka ke panti jompo.

Ya Allah jadikan hambamu ini menjadi anak yang berbakti kepada orang tua hingga mereka telah tiada kelak, Amin.

p/s serius.. setiap kali aku baca kisah ni aku mesti menangis.. sebab aku alami perasaan seorang ayah kepada anaknya. dan setiap kali itu aku teringat pengorbanan ayah aku sendiri :((
 
Aku nk komen lebey pun segan..psal aku pun bg xbyk mana..tp xkanla 50 je..!!!
klu gaji 1k sbulan ley la bg byk tu...#:-S
 
aku walopun gaji seribu lebih,bg jugak kat mak aku wlopun xbyk
kadang2 termiss jugak.tp bgtau siap2 la.

kesian tgk depa duk kerja lagi.tp nak tlg lbh2 xmampu jugak
 
Aku hanya mampu bersangka baik je...

Aku ada sorang pak cik, lebih kurang sama cam si anak dalam cerita di atas tu. Dia slalu ckp dekat nenek aku, kalo nak duit mintak lah dari dia.
Tapi dia cakap macam tu, sebab dia refer pada cash, kot nenek aku perlukan duit tunai.
Sebab dia ada kasi nenek aku kad bank satu untuk kegunaan harian. Pak cik aku cakap sebab kadang2, orang tua ni bahaya kita kasi pegang duit tunai banyak2.. sbb warga emas kan memang target penjenayah.. jadi dekat situ nampak la sayangnye pak cik aku dekat nenek aku.

Hehehe

:">:">:D
 
Back
Top
Log in Register