BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tidak Perlu Logo HALAL, Tetapi Logo HARAM

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Malaysia Tidak Perlu Logo HALAL, Tetapi Logo HARAM


163198_176468355721005_100000735253617_427638_6560523_n.jpg


Malaysia Tidak Perlu Logo HALAL, Tetapi Logo HARAM

Dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya mengambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Ini selaras dengan prinsip Islam.

Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram atau cop halal yang palsu. Yang ada hanyalah cop haram.

Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Sebaliknya, semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan menampal cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak.

Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya makanlah apa pun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itu barulah namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo pun, untuk negara luar yang bukan Islam.

Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi S.A.W begitu luas dalam soal makanan halal ini. Oleh sebab itu, apabila kaum yang baharu menganut Islam berkata Nabi S.A.W :

Maksudnya : "Sesungguhnya satu kuam membawa kepada kami daging yang tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak. Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi S.A.W : "kamu sebutlah nama Allah dan makanlah."
( Riwayat Bukhari )

Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah S.W.T semasa hendak makan dan makanlah. Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicermari atau kita sengaja menyempitkan pemikiran dan diri.

167481_176468662387641_100000735253617_427639_6741883_n.jpg


167529_176468769054297_100000735253617_427640_8277713_n.jpg



p/s : apa pendapat korang?
 
mmg la kte ni negara islam...
tp kne gk letk logo halal..
bg memestikn tiada kekeliruan kepada pengguna...
 
kropok rota tu ade lemak babbbi ke?
 
buat 2,2 lah senang cerita..halal n haram.tepek jer kat semua kedai
 
mmg la kte ni negara islam...
tp kne gk letk logo halal..
bg memestikn tiada kekeliruan kepada pengguna...

rkyt mesia tk ape ler.tapi cuba kita fikirkan pelancong yg beragama ISLAM:-?:-?..diaorg tk fikir gamaknyer :)
 
ni aku sokong 110%..tapi kena ada halal gak, biar kedai melayu pon kena apply halal..tapi apply kena la caj plg minimum..x yah la mahal sgt...
 

rkyt mesia tk ape ler.tapi cuba kita fikirkan pelancong yg beragama ISLAM:-?:-?..diaorg tk fikir gamaknyer :)

Betul tu. Saya pernah nampak mak Arab makan kat kedai cina yang gantung daging babie kat damas plaza. Mungkin mak Arab tu ingat semua restaurant di Malaysia menyajikan makanan halal. Ataupun dengan senjaga je dia makan kat situ sebab dia orang ni semua sapu.
 
biar betik rota ade lemak vavi..
bru mnggu lepas rasenye aku makan.

dah berabad logo halal tu ade..
 
wehhhhh......
ku pnah mkan kowt kopok rota nih..........
vava.........
kna ltak dua2 logo...
klau haram ltak haram..
klau halal, ltak halal...
sbb da sstengah bnde x da logo..
x tau halal ke x...
 
Yang penting adalah intipati dalam diri
Sebab Tok tengok ada juga orang yg minum air haram walaupun sah-sah tau itu haram :)
Mencetak logo haram juga adalah bernas, tapi make sure kita patuh
 
Back
Top
Log in Register