BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia teroka pasaran data RM2 bilion 2020

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

NUSAJAYA 8 April - Malaysia mahu mengembangkan pasaran industri data bernilai sehingga RM2 bilion menjelang 2020 berbanding RM300 juta tahun lepas, dipacu oleh permintaan ke atas penyumberan luar data yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sektor pusat data di Malaysia dijangka menjadi pusat tumpuan utama potensi pertumbuhan di rantau ini.

“Malaysia yang sudah pun menjadi lokasi antarabangsa untuk perusahaan utama kini berada pada kedudukan yang baik untuk meraih peluang pertumbuhan pasaran yang berpotensi di Vietnam, Thailand dan Myanmar ke utara dan negara pertumbuhan utama yang lain seperti Indonesia dan Filipina,” katanya semasa merasmikan persidangan DataCloud Asia Tenggara di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, industri pusat data di Malaysia tumbuhan dengan ketara sejak lima tahun lepas hasil penekanan kerajaan ke atas usaha memacu industri itu dengan meningkatkan keupayaan tempatan, kemudahan serta bakat.

“Kini terdapat 26 syarikat perkhidmatan pusat data di Malaysia, yang menawarkan sejumlah satu juta kaki persegi ruang pusat data,” katanya.

Pusat data terbesar di Malaysia berkeluasan 200,000 kaki persegi iaitu bersaiz kira-kira dua setengah padang bola sepak, katanya.

Ahmad Shabery berkata, aliran data di Internet menerusi aktiviti penduduk sangat mengejutkan.

“Secara kolektifnya, kita menghantar lebih daripada 60 bilion mesej WhatsApp sehari, memuat naik 2.4 juta foto ke Instagram setiap jam, membaca enam juta laman Facebook setiap minit dan membuat sejuta carian Google setiap saat di seluruh dunia.

“Oleh itu menyimpan dan mengurus jumlah data yang besar ini sudah pasti sangat mencabar,” katanya.

“Dalam ekonomi data, usaha mewujudkan kekayaan memerlukan kemahiran tinggi, Dalam perkataan lain, pengurusan sumber besar ini sangat penting untuk negara dan syarikat yang mahu melonjak ke hadapan,” kata Ahmad Shabery. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register