BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia sedia hadapi perubahan dunia IT

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



KUALA LUMPUR 24 April - Malaysia bersedia menghadapi perubahan landskap penyebaran maklumat ekoran perubahan pesat dalam dunia media sejak 25 tahun lalu dan akan terus berkembang seiring de-ngan kemajuan teknologi terkini.

Ketua Bahagian Digital, Jabatan Pengurusan Penjenamaan Petronas Dagangan Berhad (PDB), Faizolhardy Zubairy berkata, seluruh dunia kini berada dalam era media sosial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

“Dunia media bermula dari era menyampaikan maklumat kepada pihak lain menerusi medium perantaraan termasuk akhbar, majalah, radio dan televisyen.

“Kemudian, era tersebut berubah kepada era Internet yang secara jelas mencetuskan fenomena kepada semua masyarakat dunia menerusi fungsi dan keupayaannya dalam menyampai serta menyalurkan maklumat dengan pantas,” katanya ketika menyampaikan ceramah mengenai ‘Media Digital dan Perubahan Landskap Media’ sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2015, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Faizolhardy menyatakan bahawa, era media tersebut terus berkembang menerusi kemunculan pelbagai laman sosial dan blog yang menjadi pemacu industri media di seluruh dunia.

Katanya, dunia kini berada dalam era yang digelar media sosial ekoran penggunaan meluas sektor tersebut dalam pengurusan harian termasuk kerjaya, pentadbiran, sosial dan ekonomi.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Marketing After Hours Malaysia, Elton Kuah berkata, peranan media sosial bukan sahaja sebagai medium penyebaran maklumat, tetapi juga berpotensi sebagai tempat untuk masyarakat menjana pendapatan.

Beliau berkata, trend masyarakat berbelanja secara dalam talian semakin menggalakkan dan menerusi situasi itu, golongan usahawan boleh mengembangkan perniagaan mereka menerusi pelbagai laman sosial.

“Untuk mencipta jenama sendiri, golongan usahawan khususnya perlu menitikberatkan beberapa aspek utama termasuk menyediakan maklumat lengkap tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

“Juga maklum balas terhadap sebarang aduan daripada pelanggan dan faedah yang boleh diberikan kepada pelanggan jika mereka membeli produk yang dijual,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Media Sosial untuk Penjenamaan Peribadi’.

Ketua Pegawai Pemasaran MYNIC Berhad, Talib Sabri Sulaiman pula berpendapat, penjenamaan produk dan perkhidmatan dalam media sosial perlu dilakukan secara teliti dan mengikut strategi bagi mendatangkan hasil positif.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan dengan penggunaan nama yang sesuai, ringkas dan mudah diingati, selain mempunyai kandungan yang menepati kehendak masyarakat kini.

“Sebagai contoh, masyarakat akan mengingati slogan AirAsia apabila mereka bercakap mengenai syarikat penerbangan tambah murah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Media Sosial dan Perhubungan Lion & Lion Malaysia, Meredith Wallace menyatakan bahawa media sosial juga berperanan meningkatkan kualiti penjenamaan produk dan barangan menerusi maklumat yang ingin diketahui pelanggan.

Jelas beliau, media sosial mempunyai banyak saluran dalam pelbagai sektor untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan.
 
internet buat orang politik susah tidur malam.
kalau 80an & 90an senang nak brainwash rakyat melalui akhbar dan tv,sekarang susah.
 
igt'n "malaysia sedia hadapi perubahan lanskap politik akibat kejatuhan BN".hahaha
 
Era IT konon... belakang kutuk staff IT grup FT terutama bahagian teknikal... siap kata juruteknik IT xder kerja, x yah naik gaji, psl technician IT kerja bersihkan mouse jer... puiii... masa susah pandai pulak marah2 tapi minta tolong... adr pulak minta tolong dengan nada marah2.... kaji balik tangga gaji kumpulan FT nie dulu, biar sama ngan kumpulan J.... sembang nak hebat tapi intensif dari dulu sampai hari nie x berubah.....
 
tenet mahal ade hati nk it
 
intenet tmpt mcm2 kebaikan/keburukan berlaku
 
Back
Top
Log in Register