BTC USD 104,328 Gold USD 2,725.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2024

Sponsored Post

FB_IMG_1705151171611.jpg


Taklimat Pasukan MPFL 2024

Menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 bagi kategori lelaki yang akan bermula 17 Februari ini, satu taklimat pasukan dihadiri oleh pengurus serta pentadbir pasukan telah dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini.

Majlis pembukaan taklimat berkenaan telah disempurnakan oleh Exco FAM selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya.

Hadir sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Sebanyak 56 perlawanan akan dijalankan bagi musim 2024 yang akan menyaksikan 8 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara MPFL 2024.

Antara agenda yang dibincangkan dalam taklimat tersebut ialah mengenai format pertandingan selain hal-hal berkaitan kepengadilan, perubatan, pemasaran dan media.

Sebagai simbolik majlis pembukaan taklimat berkenaan, majlis penyerahan bola rasmi perlawanan MPFL 2024 Divisyen 1 turut diadakan dimana ia telah disampaikan oleh ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam.

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024
 
🎥 Sekitar taklimat pasukan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 bagi kategori lelaki yang telah dijalankan semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.

MPFL Divisyen 1 bagi kategori lelaki akan bermula pada 17 Februari 2024 dan bakal menyaksikan 8 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara.



#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024
 
FB_IMG_1705282491080.jpg


Taklimat Local General Coordinator (LGC) MPFL 2024

Menjelang pertandingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 bagi kategori lelaki yang bakal bermula pada 17 Februari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan sesi taklimat Local General Coordinator (LGC) di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Sesi taklimat selama sehari itu disertai oleh 8 orang LGC yang telah dilantik oleh pasukan bertanding bagi mengelolakan perlawanan-perlawanan sepanjang saingan MPFL bagi musim ini.

Antara aspek yang dibincangkan sepanjang sesi taklimat berkenaan ialah mengenai peraturan dan protokol operasi pertandingan, sistem pengurusan pertandingan (CMS), tatatertib dan undang-undang, perubatan, media dan pemasaran.

Sebanyak 56 perlawanan akan dijalankan bagi musim 2024 yang akan menyaksikan 8 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara MPFL 2024.

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024
 
FB_IMG_1707191032832.jpg


Senarai Pasukan MPFL Divisyen 1 2024

Berikut adalah senarai pasukan yang akan bertanding pada Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 bermula Sabtu, 17 Februari 2024!

Pasukan manakah menjadi pilihan musim ini? 🔥

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024
 
FB_IMG_1707642432626.jpg


Jadual Hari Perlawanan 1 MPFL Divisyen 1 2024

Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 yang membabitkan lapan pasukan akan membuka tirai saingannya pada Sabtu, 17 Februari dan Ahad, 18 Februari 2024.

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024 #Futsal
 
Jadual Penuh MPFL Divisyen 1 2024

▶️ Berikut jadual perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 membabitkan lapan pasukan bermula Hari Perlawanan 1 (17 & 18 Februari 2024) sehingga Hari Perlawanan 14 (3 & 4 Ogos 2024).

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024 #Futsal

Jadual Penuh
 
FB_IMG_1707934085958.jpg


3️⃣ hari lagi menjelang sepak mula Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 1 2024 pada Sabtu, 17 Februari 2024.

Dua perlawanan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena 2 (Saluran 802) pada Sabtu ini, 5.00 petang dan 8.30 malam.

#FAM #HarimauMalaya #MPFL2024 #Futsal
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register