Berikut adalah senarai 12 pasukan yang akan bertanding pada Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 bermula Sabtu & Ahad ini, 22 & 23 Jun 2024!
Saingan secara sirkit berpusat di Sportizza Setapak.
Format pertandingan ialah liga sepusingan yang mana setiap pasukan akan bermain sejumlah 11 perlawanan iaitu 2 perlawanan pada setiap sirkit (Sirkit 1-5) & 1 perlawanan pada sirkit terakhir (Sirkit 6).
Menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2024 bermula Sabtu, 22 Jun 2024, diperkenalkan barisan ketua jurulatih 12 pasukan bertanding. Kesemuanya jurulatih tempatan, termasuk beberapa bekas pemain futsal kebangsaan.
Menjelang saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 2024 bermula Sabtu, 22 Jun 2024, diperkenalkan barisan 6 pemain import - 3 dari Thailand serta 1 dari Mesir, Eritrea & Libya.
Nilai City SC 0-7 Kedah
ATM 1-4 Kelantan
K. Lumpur 2-2 Canaan FC
P. Pinang 2-2 N. Sembilan United
PFA Odin Sarawak 3-2 Melaka
PJ Champz FC 2-4 Malaysian University
Selepas Hari Perlawanan 1 & 2 pada Sirkit 1, pemain import Kedah, Nattawat Luksanato dari Thailand mendahului senarai menerusi dua ledakan hatrik ketika menewaskan Nilai City SC 7-0 dan Canaan FC 5-1.