BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan tanda 'haram' sebagai menggantikan sijil halal sedia ada.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.
 
ni berita baru ke tt?
aku rasa dah bertahun aku dengar MAZA cakap camtu..:-?
 
ni berita baru ke tt?
aku rasa dah bertahun aku dengar MAZA cakap camtu

berita baru ni....sekadar cakaplah,kalau dapat dilaksanakan bagus juga.
 
berita baru ni....sekadar cakaplah,kalau dapat dilaksanakan bagus juga.

dah lama dah maza bagi idea ni
 
Sokong sangat2...yg mana kantoi haram ja terus dapat COP khas JAKIM "HARAM"
 
tak payah pk logo halal haram. malaysia perlu logo kerajaan yg baru jer. dah lama sgt logo lama ni. mkn gaji buta agaknye. rakyat plak makin t'tekan dgn pelbagai isu.
 
Aku x setuju dgn idea maza.. Banyak faktor harus dikaji..
 
tak payah pk logo halal haram. malaysia perlu logo kerajaan yg baru jer. dah lama sgt logo lama ni. mkn gaji buta agaknye. rakyat plak makin t'tekan dgn pelbagai isu.

logo halal tu le yg kafir dok aim...

so, kita twist balik dengan perkenalkan logo haram...

logo halal kalu banyak version mana pun depa yg kafir ni masih dok pakai logo halal yg lama...tapi still rakyat dok bedal jugak (jenis x particular bab halal, janji ado logo halal...sapu)

cuma kelemahannya nanti kalu ado produk seludup or pembuatan haram yang xdo logo haram (rakyat akan consider ianya halal)...

keno rombak balik akta...dengan hukuman lebih keras seperti: owner dan management board dihukum penjara 20 tahun dan denda rm10juta (kalau x mampu bayar, kerajaan akan rampas harta bersamaan rm1juta or mana yg ada termasuk aset nama bini,anak,ibu bapa)dan tidak boleh dibuat rayuan....syarikat disita, ditutup, semua aset syarikat dirampas dan dilelong or dilupuskan....manakala staff QC syarikat dipenjara 5 tahun dan denda rm1juta (kalau x mampu bayar, kerajaan akan rampas harta bersamaan rm1juta or mana yg ada termasuk aset nama bini,anak,ibu bapa)

itu pun kalu kerajaan berani le nak buat camni...

selagi itu le bab halal haram makan minum di malaysia akan sentiasa di manipulasi dan diperlekehkan...
 
chop "Non Muslim" boleh tak?
mcm lembut sikit.
 
Back
Top
Log in Register