combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia Optimis MoU Perjanjian Damai AS-Iran Mampu Buka Jalan Penamatan Konflik - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran mampu membuka jalan ke arah penamatan konflik serta menjamin keamanan di Asia Barat.
Beliau meluahkan keyakinan terhadap perkembangan positif dalam rundingan berkenaan, walaupun persetujuan muktamad antara kedua-dua negara itu perlu dicapai dalam tempoh maksimum 60 hari.
Anwar berkata keyakinan itu bersandarkan maklumat langsung daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, yang bertindak sebagai pengantara utama dalam mengemudikan garis masa rundingan kritikal berkenaan.
"(Tempoh) 60 hari itu tidak lama, jadi sama-sama kita doakan … berdasarkan perkara yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Pakistan kepada saya, beliau telah membincangkan perkara ini secara terbuka serta mendalam, malah terbabit dalam setiap peringkat rundingan tersebut. Segala-galanya kelihatan lebih positif.
"Dalam perbincangan saya bersama-sama Presiden Rusia Vladimir Putin, beliau turut menunjukkan sikap dan pandangan yang sama,” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia ke-35 di sini pada Khamis.
Walaupun tidak menolak sebarang kemungkinan memandangkan situasi itu turut membabitkan pentadbiran Presiden AS Donald Trump, Anwar berkata secara umumnya terdapat keyakinan bahawa perjanjian damai itu akan berjaya dimeterai kali ini.
Pada masa sama, Anwar turut menegaskan bahawa ketika dunia mengalu-alukan usaha damai berkenaan, komuniti antarabangsa tidak boleh melupakan krisis kemanusiaan yang sedang memuncak di zon konflik berhampiran.
"Kita perlu memperingatkan dunia supaya jangan sesekali melupakan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh rakyat di Gaza dan Lubnan akibat kebiadaban rejim Zionis Israel yang berterusan," kata beliau.
Loading…
www.bernama.com