BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia kini di ambang krisis penyakit buah pinggang

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Malaysia kini di ambang krisis penyakit buah pinggang

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia, berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya lima peratus sedar mengenai penyakit yang dihidapi.

Setiap hari, kira-kira 28 individu didiagnosis sebagai pesakit yang buah pinggangnya gagal berfungsi secara kekal dan memerlukan dialisis untuk hidup.

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib, berkata situasi itu menunjukkan Malaysia perlu menyemak dan memperbaharui komitmen untuk melaksanakan strategi dan dasar kesihatan buah pinggang sedia ada.

Beliau menyifatkan, negara kini berada di ambang krisis penyakit buah pinggang.

"Kadar pesakit dengan penyakit buah pinggang pada tahap akhir (ESRD) terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh 20 tahun ini.

"Malah ketika ini, 51,000 pesakit menghidap ESRD dan memerlukan terapi penggantian buah pinggang dan ia adalah antara kadar tertinggi di dunia," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024, hari ini.

Azrul berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dilaporkan menjangkakan lebih 106,000 rakyat Malaysia bakal menjalani dialisis menjelang 2040 jika peningkatan kadar kegagalan buah pinggang tidak berubah.

"Ia hanya 16 tahun lagi. Setiap tahun, lebih 10,000 pesakit didiagnosis dan memerlukan dialisis dan jumlah ini semakin meningkat dan ia adalah separuh daripada menghidap diabetes.

"Kelaziman penyakit buah pinggang kronik semakin meningkat seiring dengan kadar diabetes," katanya

Beliau berkata, menjelang tahun hadapan dianggarkan seramai tujuh juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes Jenis 2 dan ia adalah yang tertinggi di rantau Pasifik Barat.

Katanya, penghidap diabetes adalah 3.5 kali lebih banyak dan mereka juga berkemungkinan turut menghidap CKD.

Justeru katanya, penyakit diabetes perlu ditangani secara berkesan dari sekarang kerana ia sekali gus juga dapat memberi kesan kepada penyakit buah pinggang kronik.

"Setiap kali Parlimen bersidang, kita akan mendengar desakan supaya lebih banyak pusat hemodialisis dibina supaya lebih banyak subsidi rawatan atau perlindungan diberikan kepada lebih ramai rakyat.

"Kerajaan juga sudah menanggung sekurang-kurangnya separuh daripada perbelanjaan yang digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang kronik," katanya.

Azrul berkata, pada 2010, kerajaan membelanjakan RM572 juta untuk merawat ESRD dan kini Malaysia membelanjakan kira-kira RM3.3 bilion untuk penjagaan CKD dan ESRD setiap tahun.

Selain itu katanya, pada 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membelanjakan RM334.67 juta untuk rawatan dialisis terhadap pencarumnya dan menerima sehingga 3,000 permohonan rawatan baharu setiap tahun.

"Ada sebab mengapa semakin banyak pusat hemodialisis swasta sedang ditubuhkan. Ia adalah perniagaan yang berkembang pesat, kerana lebih ramai pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis untuk terus hidup," katanya.

Oleh itu katanya, pencegahan dan pengesanan awal perlu terus menjadi strategi yang baik dan berkesan serta perlu berusaha untuk mengurangkan diabetes Jenis 2 dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan buah pinggang.

Katanya, individu yang menghidap hipertensi dan diabetes, berisiko tinggi untuk CKD dan harus disaring untuk meningkatkan kemungkinan bagi merawat penyakit buah pinggang lebih awal.

"Malangnya, hampir separuh daripada semua penghidap diabetes di Malaysia masih tidak didiagnosis.

"Bagaimanapun, apabila pesakit didiagnosis selepas bertahun-tahun diabetes mereka tidak terkawal selama, ia akhirnya membawa kepada kerosakan kekal pada buah pinggang," katanya.
 
makanan viral pelik2..manis teruk..=>DM/HBP=>Uncontrolled=>Kidney jengkoil.
tu tak masuk geng drip pemuteh lagi tuh...

Bizz dialisis on the way :cool:
 
Beras mahal
Gula mahal
Tiap2 thn puasa

Hakikat sebenar 😂
E425-D4-BB-D3-A1-4-AB9-AA91-87-F4-EB9-DA6-D7.jpg
 
Hemodialisis di hospital kerajaan tidak lagi percuma.

Semua pesakit wajib bayar RM 13 untuk 1 sesi dialisis.

Bunyinya sikit saja.

Tapi bagi orang susah, sebulan sudah RM 169. Ianya satu jumlah yang besar.

Belum lagi dikira kos perjalanan dan makan.

Bagi yang tiada kenderaan, kos sewa kereta agak membebankan.

Makan? Nampak biasa, tapi 4 jam cuci darah biasanya pesakit akan keletihan. Makan sudah menjadi perkara wajib.

Campur tolak paling sikit pun seorang pesakit perlu ada RM 500-700 sebulan.

Caj ini sebenarnya dah lebih daripada setahun dikenakan.

Pernah seorang pesakit ceritakan kepada saya. Tapi saya anggap macam tak betul.

Hari ini, suami pesakit buah pinggang datang ke klinik untuk rawatan. Isterinya alhamdulillah sihat.

Si isteri masuk juga ke dalam klinik dengan berkerusi roda. Sebelah kaki sudah dipotong. Lama tak jumpa doktor katanya. Rindu.

Dari perbualan biasa tiba-tiba masuk kepada caj dialisis. Suami beliau siap keluarkan resit untuk tunjukkan kepada saya.

Dulu mereka senang. Bila diuji dengan sakit, pendapatan sudah terjejas.

JKM RM 250 sebulan, kos dialisis pula RM 169 sebulan. Tiada yang tinggal lepas tolak pengangkutan dan makan. Tak cukup!

Surat JKM pula tak laku. Pesakit yang betul-betul susah tetap kena bayar.

Kata mereka, hairan bagaimana pesakit-pesakit yang level tokey besar business masih dapat tempat di premis kerajaan. Sepatutnya mereka yang berpendapatan tinggi sahaja dikenakan caj.

Bila nampak mata si suami mula berkaca, cepat-cepat saya potong cerita. Orang lelaki tak menangis mudah-mudah kecuali sudah overlimit.

Anak-anak tak tolong? Pasangan ini tiada rezeki anak.

Cadangan saya kepada KKM ;

1. Kaji balik caj sedia ada.
2. Jangan tambah lagi kos di masa akan datang.
3. Sekiranya caj yang sedia ada tidak dapat dimansuhkan, sekurang-kurangnya berikan pengecualian kepada pesakit susah. Lebih-lebih lagi penerima sumbangan bulanan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Isu ini tak viral, sebab hanya pesakit buah pinggang sahaja yang merasa.

Tapi cukuplah kita selami kesusahan mereka yang tersepit.

Ingatlah, kita ke arah khidmat kesihatan berbayar. Lambat atau cepat sahaja.
.

 
Back
Top
Log in Register