BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-Belanda laksana

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

ZULKIFELI MOHD. ZAIN (kanan) mengiringi Tom Middendorp yang melakukan kunjungan hormat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam. MINGGUAN/AIZZUL A.MAJID​

KUALA LUMPUR 18 April – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Belanda bersetuju melaksanakan program pertukaran jurulatih melibatkan anggota daripada pusat pengaman kedua-dua negara.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin berkata, tujuan utama program itu adalah bagi berkongsi pengalaman jurulatih kedua-dua negara melaksanakan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, program yang melibatkan jurulatih dari Pusat Pengaman Malaysia (PPM) di Port Dickson itu akan dimulakan dalam jangka masa terdekat ini.

“Angkatan Tentera Belanda mempunyai 2,000 anggota yang melibatkan diri dalam misi pengaman PBB sementara 1,000 anggota ATM termasuk pemerhati dan pegawai staf menyertai misi tersebut.

“Kedua-dua negara bersetuju melakukan pertukaran seorang anggota bagi setiap kali program yang akan mengambil masa selama antara dua hingga tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Belanda, Jeneral Tom Minddendorp di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sementara itu, Zulkifeli berkata, perjumpaan beliau bersama Minddendorp berkisar insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang memperlihatkan peranan besar dimainkan Belanda berhubung penyiasatan nahas tersebut.

“Pertemuan turut membincangkan mengenai hubungan dua hala bagi meningkatkan lagi kerjasama ketenteraan kedua-dua negara,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register