Pada 6 March 2008 iaitu sebelum PRU 12 6 bulan lepas, DSAI buat statement menyatakan dengan confident bahawa Pembangkang akan menang dengan majoriti 2/3 di negeri Pulau Pinang.Selepas itu bila pemberita tanya Pak Lah tentang keyakinan DSAI tersebut, Pak Lah jawap " biasalah, itu keje dia.Dia boleh dakwa apa saja, tapi saya yakin BN akan menang di Pulau Pinang"...
Bagi Dato Najib pulak ketika DSAI dedahkan pasal pita VK Lingam, Dato Najib kata " itu politik murahan DSAI untuk cari populariti.Malah menurut Dato Najib lagi, di zaman teknologi canggih ni, semua tu boleh di buat dan di reka.Dan kata Dato Najib lagi kebenaran akan terbukti juga dan semua orang akan tahu pembohongan DSAI."....So now siapa yang betul dan siapa yang salah?
So setakat memperlekeh DSAI dan kata 'saya yakin' ni dah jadi tabiat Pak Lah.Dato Najib pun macam tu jugak.So kalau dalam TV tadi dua dua kata yakin bahawa kerajaan BN akan kekal, so dah boleh faham lah sama ada yakin betul atau yakin palsu.
DSAI kata dia yakin bentuk kerajaan baru dan sudah cukup MP yang lompat, tetapi PAK LAH kata DSAI berdusta dan hanya gimik politik.Siapa yang betul dan siapa yang salah?Tak mungkin dua dua betul dan tak mungkin dua dua salah.So salah seorang mesti betul dan salah seorang lagi mesti salah.So siapa yang betul dan siapa yang salah?Terpulang kepada kebijaksanaan kita menilai.