BTC USD 82,537.9 Gold USD 4,194.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Baru?

'khabarnye' tak confirm pon..jalan kat KL dah dalam pembikinan la yeop..p la tengok..pasai tu la jam..naik motor cam aku laa...senang..

yg utama pengangkutan awam la...
since kenaikan minyak tahun 2006 dulu..
kemana duit tu telah dibelanjakan??
tak semua orang sanggup nk pakai kenderaan sendiri pada
waktu2 cmni..
dengan minyak harga mahal,tol besepah sana sini,
parking lagi...
so alternatif,pengangkutan awam,
tapi hakikatnya..pengangkutan awam hampeh..
si pujaan ko da 4 tahun memerintah baru la nk turun
tgk keadaan pengangkutan awam..
pastu baru la nk komen
pengangkutan awam tak memuaskan....
 
Menteri kabinet antara yang lompat
Sep 16, 08 7:18pm
Berikut adalah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap soalan pemberita dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini di mana beliau berkata mempunyai jumlah ahli parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Q: Siapakah ahli parlimen berkenaan dan adalah Datuk Seri akan umumkan nama mereka?

Anwar: Persoalan dibangkitkan mengenai siapa dan di mana mereka. Kita dedah nama mereka sekarang dan mereka terus akan diganggu. Jadi, saya memberitahu anda sekarang bahawa saya memilih untuk memberitahunya kepada perdana menteri.

Dan jika beliau mahukan senarai tersebut, saya akan tunjukkan dalam pertemuan nanti. Sehingga tiba masa yang sesuai, kita tidak akan isytiharkan. kita tahu bagaimana sistem berkenaan beroperasi.

Cukuplah Teresa Kok seorang sahaja yang ditahan.
 
en.DARKKILLER..nak tanya sket yer...aper manifesto PR jika dapat memerintah malaysia?

p/s:SAJE JER TANYA BERKONGSI MAKLUMAT...

tak perlu nak kisah manifesto,yg penting perlaksanaan.Rakyat marah apabila BN berjanji akan turunkan harga minyak tapi minyak makin naik.Itu je,takmau sentuh bab-bab kuasa,rasuah dan yg lain.Sekarang rakyat nakkan hak dengan pendapatan majoritinya sederhana inginkan sesuatu yg meringkan beban mereka.Jadi hanya menunggu pemerintahan yg baru bagi membantu golongan miskin ni..

ko mesti orang kaya atau ada kepentingan dalam BN,pasal tu mempertahankan BN tak sudah.
 
macam2 dah jadi kat malaysia ni..tunggang langgang..
perpaduan teras kejayaan...:D :D
 
Ade ke patut bagi free api kalo rege kurang dari RM20 :)) Ape ingat org gune peti ais n radio je ke skrang ni...:)) Zaman pak lah boleh laa.
 
yg utama pengangkutan awam la...
since kenaikan minyak tahun 2006 dulu..
kemana duit tu telah dibelanjakan??
tak semua orang sanggup nk pakai kenderaan sendiri pada
waktu2 cmni..
dengan minyak harga mahal,tol besepah sana sini,
parking lagi...
so alternatif,pengangkutan awam,
tapi hakikatnya..pengangkutan awam hampeh..
si pujaan ko da 4 tahun memerintah baru la nk turun
tgk keadaan pengangkutan awam..
pastu baru la nk komen
pengangkutan awam tak memuaskan....

menambah pengangkutan awam adalah idea yg entahlah susah nak jawab,jawab nanti cakap direct pula.Tapi fikirlah kenapa perlu perlaburan lebih untuk membuat bas baru,kereta elektrik baru tu semua walhal perkara mudah hanya turunkan harga minyak

bas baru,kereta baru siapa yg akan membuat kereta tersebut.Rakyat miskin ke yg akan buat?
Kalau naik bas,komuter,teksi baru tu siapa yang akan bayar,rakyat ke kerajaan atau perkhidmatan itu adalah percuma?

jadi siapa akan untung disini?
 
Ade ke patut bagi free api kalo rege kurang dari RM20 :)) Ape ingat org gune peti ais n radio je ke skrang ni...:)) Zaman pak lah boleh laa.

eh..betaul pe...bil letrik aku bulan ni RM18 lbh je..
jadi ttakyah bayar la ye...:D
 
Seorang lagi pemimpin Umno tampil mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan tanpa menunggu peralihan kuasa Jun 2010 kerana sudah terbukti tidak mampu mengurus negara.
Iklan




Anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa keadaan politik negara sekarang semakin teruk dan tidak menentu.

"Mana orang yang tidak mampu memimpin berhentilah, itu aje.. Saranan saya supaya rakyat dapat cari keselesaan dalam kehidupan dan mendapat pembelaan.

"Tidak boleh lagi hendak main sana sini, ini bukan masanya. Tumpulah kepada rakyat," katanya pada persidangan media di kediaman di sini, hari ini.

Sebelum sidang media berlangsung ada wartawan dan anggota polis cawangan khas yang hadir menjangka Ku Li bakal mengumumkan sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia menjadi luahan kecewa terhadap Perdana Menteri.

Sebelum ini Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan mahu peralihan kuasa dipercepatkan kerana tempoh Jun 2010 terlalu lama.

Ku Li yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, masalah rakyat sekarang semakin terdesak kerana harga barang keperluan harian melambung tinggi berikutan kenaikan harga minyak, Jun lalu.

"Sekarang tidak ada sesiapa yang hendak fikirkan masalah rakyat. Saya dengar banyak cerita sekarang. Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia.

"Pasaran saham merudum. Nilai ringgit berbanding dengan Dollar Amerika juga jatuh teruk, pasaran eksport kita terjejas.

"Harga kelapa sawit minggu lepas RM3,600 satu tan metrik dan minggu ini sudah jatuh kepada RM2,200 setan. Rakyat susah dan keadaan ekonomi teruk," katanya.

Ditanya mengenai perletakan jawatan Dato' Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri katanya, baguslah kalau letak jawatan dan tidak terima pujukan Perdana Menteri supaya kekal di jawatan itu.

"Selepas saya lawan Dr Mahathir pada 1987 dan kalah saya meletak jawatan sebagai menteri, biar pun ditawar dengan jawatan menteri tak berpotfolio, saya tidak terima.

"Saya tidak terima kepemimpinan yang ada pada masa itu. Kalau sesiapa yang tidak setuju dengan cara dan kepemimpinan yang ada sekarang lebih baik berhenti," katanya.

Mengenai penahanan pemimpin Pakatan Rakyat dan blogger serta seorang wartawan di bawah ISA baru-baru, Ku Li berkata, beliau tidak tidak bersetuju dengan tangkapan itu.

Menurutnya ia seolah-olah satu mainan dengan menidakkan hak rakyat dengan mengurung mereka.

"ISA dibuat untuk lawan Komunis dan subversif yang boleh membawa kemudaratan kepada negara bukan di atas alasan lain. Kalau saya berkuasa saya akan bebas semua yang ditahan. Tidak boleh aniaya seseorang," katanya. - mj _
 
Back
Top
Log in Register