BTC USD 81,901.5 Gold USD 4,175.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Baru?

tak perlu nak kisah manifesto,yg penting perlaksanaan.Rakyat marah apabila BN berjanji akan turunkan harga minyak tapi minyak makin naik.Itu je,takmau sentuh bab-bab kuasa,rasuah dan yg lain.Sekarang rakyat nakkan hak dengan pendapatan majoritinya sederhana inginkan sesuatu yg meringkan beban mereka.Jadi hanya menunggu pemerintahan yg baru bagi membantu golongan miskin ni..

ko mesti orang kaya atau ada kepentingan dalam BN,pasal tu mempertahankan BN tak sudah.

bercakap pandai..bila tanya tak tau jawap..:)paid
 
waaa.ini mnarik..seorg lg hamba badwi blagak nk jd hero ni..da daftar ngan mido blum ni:eek: :))
 
Penasihat PKR Terdesak - Tanpa Segan Silu Terus Menipu Rakyat

Oleh Zailan Mohamad

KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada perhimpunan atas nama Sambutan Hari Malaysia dengan bongkak dan tanpa segan silunya berkata bahawa proses perubahan kerajaan tetap akan berlaku walaupun telah menipu rakyat bahawa 16 September adalah tarikh penentunya sebagaimana dicanangkan sebelum ini.

Dengan pelbagai alasan dan retorik, antaranya beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi meminta perubahan kuasa kepadanya dilakukan secara aman dan teratur.

Perkara tersebut disanggah oleh Perdana Menteri yang mengatakan rancangan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan 16 September sebagai sesuatu perkara yang karut.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), pembohongan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim telah mencemarkan kesucian bulan Ramadhan kerana bulan yang penuh keberkatan ini seharusnya diisi dengan ibadah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya berbincang perkara yang tidak akan berlaku.

Mengulas perkara yang sama sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, walaupun dalam politik ‘segalanya mungkin’ tetapi beliau yakin dan percaya perkara tersebut tidak akan berlaku kerana masih yakin kepada kesetiaan Ahli-ahli Parlimen dari BN, terutama dari Sabah dan Sarawak yang kerap dikaitkan dengan peristiwa ‘lompat-melompat’ ini.

“Bagi saya, kesetiaan semua Ahli Parlimen BN tidak boleh diperkotak-katik semudah itu.

“Amanah rakyat yang diwakili mereka dan kesanggupan rakyat mengundi mereka ketika pilihan raya umum lalu atas tiket BN tidak boleh dipermainkan begitu sahaja,” ujar beliau.

Tambah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu lagi, takrif setia bukan semestinya dizahirkan di atas kertas sebaliknya setia adalah maruah bagi seseorang di mana rakan-rakan parti kompenan BN di Sabah dan Sarawak juga mempunyai maruah dan harga diri dan mereka tidak boleh diperdagangkan sebegitu murah dengan dakwaan yang sebegitu.

Bahkan satu ketika hingga ke negara jiran, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah menunjukkan sikap tidak jujur masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen BN akan menyeberang ke pihaknya.

"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai, ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota Parlimen itu)," katanya.

Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di Jakarta, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.

Kemudian, dimanipulasikan pula lawatan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) ke Taiwan sebagai menghalang proses lompat parti, walhal mereka ke sana bagi membuat lawatan menambah ilmu mengenai teknologi pertanian.

Sehubungan itu, BNBBC menafikan bahawa program pemukiman di luar negara kelab itu bertujuan menghalang wakil rakyat BN menyertai pembangkang yang diuar-uarkan akan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September bahkan ia mendapat restu daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, juga selaku Ketua Whip BN.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin menegaskan, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan pada masa yang sama, hanya 70 peratus Ahli Parlimen yang akan menyertai program itu.

Disebabkan terdesak untuk menjadi Perdana Menteri melalui pintu belakang, tidak semena-mena Anwar yang terkenal dengan Populis itu mengarahkan juak-juaknya menuruti ahli parlimen BN untuk memujuk rayu, meminta ehsan dan memancing supaya keluar daripada BN menyertai pakatan pembangkang bagi menubuhkan kerajaan baru di mana PKR sebagai penaja utamanya.

Tanpa tiada tujuan yang bermanfaat dan hanya perbuatan yang membazir, lima pemimpin PKR yang terdiri daripada Tian Chua, Ketua Publisiti, Pengarah Strategi Saifuddin Nasution; Timbalan Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Wanita Elizabeth Wong dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Low Chee Cheong berlepas ke Taiwan menuruti kehendak pemimpinnya.

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 lalu, BN memperolehi 140 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan manakala pakatan pembangkang hanya 82 kerusi.

ramai giler MP pi belajar pertanian..tok pa x buka kelas kot..
tu yg sampai ke taiwan gi study..alasan yg x masuk akal..
ni kes nak perb*d*hkan rakyat..

lepas ni kalau pertanian masih di takuk lama..
sayur2 dr thailand masih seberang masuk kot pengkalan kubor..
siaplah kena taji dgn 'rakyat'..
 
yg utama pengangkutan awam la...
since kenaikan minyak tahun 2006 dulu..
kemana duit tu telah dibelanjakan??
tak semua orang sanggup nk pakai kenderaan sendiri pada
waktu2 cmni..
dengan minyak harga mahal,tol besepah sana sini,
parking lagi...
so alternatif,pengangkutan awam,
tapi hakikatnya..pengangkutan awam hampeh..
si pujaan ko da 4 tahun memerintah baru la nk turun
tgk keadaan pengangkutan awam..
pastu baru la nk komen
pengangkutan awam tak memuaskan....


sebelum tuh aku nak tanya hang...hang pakai keter ker naik pengangkutan awam?aper yg hang tak pueh hati pasal pengangkutan awam..kalau hang tau KL jam pasal terlalu banyak bas n teksi yg parking tepi jalan.minyak naik tapi dok sibuk gak naik kereta tengah2 town pegi kerja.kenapa taknak naik bas?.mustahil ke tak?~X(
 
ramai giler MP pi belajar pertanian..tok pa x buka kelas kot..
tu yg sampai ke taiwan gi study..alasan yg x masuk akal..
ni kes nak perb*d*hkan rakyat..

lepas ni kalau pertanian masih di takuk lama..
sayur2 dr thailand masih seberang masuk kot pengkalan kubor..
siaplah kena taji dgn 'rakyat'..


Sampah je semua yg pergi ke taiwan tu..guna duit rakyat ,sepatutnya warga UPM yg dihantar beramai-ramai macam tu..begitu banyak kawasan di UPM boleh dibangunkan lagi-lagi kalau dapat pendedahan diluar negara.Nak buat camne,BN dah salah guna duit rakyat untuk kepentingan sendiri
 
ramai giler MP pi belajar pertanian..tok pa x buka kelas kot..
tu yg sampai ke taiwan gi study..alasan yg x masuk akal..
ni kes nak perb*d*hkan rakyat..

lepas ni kalau pertanian masih di takuk lama..
sayur2 dr thailand masih seberang masuk kot pengkalan kubor..
siaplah kena taji dgn 'rakyat'..

depa p pasai belajaq..yg mangkaq 4 orang PR yg p taiwan tuh tak rase lagi budus ker?:)) :))

p/s:ntah duit hartawan maner la yg suport diorang nih..:(scam :(scam
 
Back
Top
Log in Register