BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Arab Saudi Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pengurusan Haji, Umrah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,709
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,709
Reaction score
97
Points
80
19ea11196c44251e1c42a1b6d2354cfd69cbe76d91f1d

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Syeikh Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di King Salman International Convention Centre, Madinah Al-Munawwarah sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026. 


Kredit : FB Zulkifli Hasan


Malaysia dan Arab Saudi terus memperkukuh kerjasama strategik dalam pengurusan urusan haji, umrah dan hal ehwal berkaitan bagi memastikan kualiti perkhidmatan terbaik diberikan kepada jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat beliau ke atas Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Syeikh Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Pertemuan itu berlangsung di King Salman International Convention Centre, Madinah Al-Munawwarah sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026.

“Pertemuan ini membuka ruang yang baik ke arah memperkukuh hubungan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan buat para jemaah (Malaysia).

“Moga setiap usaha ini diberkati Allah SWT dan memberi manfaat besar kepada ummah, khususnya rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 
Back
Top
Log in Register