redside07
Active Member
- Messages
- 1,080
- Joined
- Jul 21, 2010
- Messages
- 1,080
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
mungkin geng mata sepet nak take over sebab negeri kaya??
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
trust me ia banyak negatif untuk semua. isu spt ini menghalang kita dari bersatu padu. bila tiada intergrasi sesama rakyat malaysia maka musuh negara akan menyelinap masuk dan menghasut.
Bro, PM sendiri mengaku kalau nk lihat Malaysia pergi ke Sarawak.Kita boleh duduk mkn satu meja dgn kaum lain2.tiada perkaumam yg keterlaluan..
Kita bukan pinggirkan org semenanjung tapi lebih kepada pentadbiran negera sarawak...
peace no war..sarawak for sarawakian...yesssss
Pentadbiran Sarawak berbeza bukan sebab tunjuk pandai: Taib Mahmud
2013/10/21 - 14:10:15 PM Cetak Emel Kawan
KUCHING: Sarawak ditadbir dengan cara tersendiri bukan kerana mahu membelakangkan kerajaan pusat, tetapi sebab perlu disesuaikan dengan keadaan negeri, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya, saiz negeri yang sama besar dengan Semenanjung serta jumlah penduduk, menuntut kerajaan negeri membangunkan Sarawak dengan cara berbeza.
"Sarawak terkenal menjalankan pentadbiran sendiri dan lain daripada Semenanjung, bukan kerajaan (Sarawak) ingin menonjol kepandaian, tidak mahu ikut, tetapi ada langkah-langkah yang belum lagi sesuai digunakan di negeri ini," katanya dalam ucapan aluan di Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Ke-13, di sini, hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang memahami perkara itu, Presiden PBB berkenaan berkata, sejak menyertai Malaysia, Sarawak tidak pernah ketinggalan menikmati pembangunan dan lebih menarik lagi menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara.
"Setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan, Sarawak turut sama memberi sumbangan itu," katanya.
Sementara itu, Abdul Taib berkata, keputusan Sarawak menyertai Malaysia 50 tahun lalu adalah satu tindakan tepat walaupun ada pihak berpendapat adalah lebih baik Sarawak menjadi sebuah negara tanpa menyertai Persekutuan Malaysia.
"Kita tidak akan dapat kedudukan seperti sekarang ini kalau masih di bawah koloni atau sebagai negara kecil, yang mungkin membawa ketika ini kita berlawan di sana sini, menjaga pertahanan dan terpaksa menjaga keselamatan negara sendiri yang tidak dapat dipikul sebagai sebuah negara kecil.
"Sebagai sebahagian daripada negara Malaysia, nasib rakyat (Sarawak) lebih terjamin. Selain itu Sarawak berperanan membantu negara menjana ekonomi lebih baik, dan seterusnya tuah tersebut dikongsi oleh seluruh negeri dalam Malaysia," katanya.
Abdul Taib turut membuat akuan Sarawak akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia serta mengangkat negara menjadi sebuah negara maju.
"Perdana Menteri menyambung dasar yang merapatkan hubungan kerajaan persekutuan dengan negeri ini. Sarawak akan kekal taat setia dan jika Perdana Menteri mempunyai sebarang masalah beritahu kami, kami melakukan sedaya upaya untuk membantu, kami semua di belakang anda.
"Mungkin macam-macam orang kata tentang Perdana Menteri, tetapi perkara utamanya beliau boleh memimpin negara ke arah masa depan yang lebih baik," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharian/a...babtunjukpandai_TaibMahmud/Article/index_html

Itu mungkin ada benarnya. Tetapi bila saya tanya betul-betul, mereka cakap mereka sedih Sarawak tak maju macam KL.
Padahal dulu kitorang belajar di Kuantan. Tapi geng Sarawakian ni sanggup gi KL setiap kali cuti panjang sikit.
Budak-budak kolej ejek jakun. Bukan jakun, tetapi sedih. Perasaan geng Sarawak ini lebih kepada macam di anak tirikan di negara sendiri. Harap semua forumer faham apa yang saya cuba sampaikan.
ni komen aku, kenegerian sarawak ni isu dah lama, sejak sebelum mereka join jadi sebahagian dari Malaysia.
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sekiranya mereka tidak mengubahnya sendiri. kalau semuanya nak spoonfed macam bayi,bila nak maju? Mentaliti kena ubah. Sarawak boleh maju, pekerja mahir banyak, sumber bumi ada, masalah pada mentaliti yg semua nak senang.

Tak sedar diri ka?
Melayu pun ada kuota la...



puak2 'pemisah'