BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malang ditemberang 'suami' sejantina

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
d6be6c7c-6a01-4a5a-b16e-6bba5e2669ea_1518765387.jpg

Wanita menyamar lelaki dan telah berkahwin dengan 2 wanita sebelum ditahan polis kerana didakwa memukul salah seorang 'isterinya'



SUDAHLAH tertipu selama empat tahun, malah salah seorangnya turut menderita diseksa 'suami' mereka yang rupa-rupanya perempuan.

Dalam kejadian di daerah Nainital, Uttarakhand, India, polis menahan wanita 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.

Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.

"Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.

"Dia menggunakan nama Krishna Sen di akaun laman sosial itu dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki," katanya.

Menurut laporan media India, polis berkata, Krishna 'berkahwin' dengan seorang wanita bernama Kamini pada 2014.

Kamini mendakwa dia dipukul 'suaminya' itu kerana mas kahwin dan 'suaminya' juga mengambil wang daripada keluarga mangsa.

Pada, 2016, Krishna berkahwin dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.

Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isterinya itu melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.

Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.

Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.

"Pemeriksaan perubatan juga mendapati dia sebenarnya seorang wanita," kata Janmejay.

Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/313607/ditemberang-suami-sejantina




.
 
sajat pula teringin nak jadi perempuan....:))
 
T'nyata cinta mereka suci tak pernah ringan2 apatah lg berat2 sblm kawin..oh soooo sweeeeetttt..ekekeke
 
kopet dia sorok mana ha?

masa sy sekolah asrama ada berkawan dgn sekumpulan pengkid. ikut ckp drg tangtu drg bubuh bengkung bos nk sorok.. 24jam sehari x pnh buka kecuali time mandi..
masa tu belasan tahun.. kopet nye mmg x naik..dan ada sorg tu dh naik bongkok berjalan mungkin sbb asyik nk tumbuh je jd terpaksa ikat bengkung ketat2 kot..
 
Back
Top
Log in Register